Tuesday 12 May 2015

BABY WEARING..


Rahsia bagaimana untuk menggendong cara selamat yang boleh mententeramkan bayi lantas anda boleh bergerak dengan selesa?



PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI INI?


Penat dengan ragam anak yang sentiasa nak dukung?
Tertekan bila anak menangis meronta-ronta bila keluar berjalan?
Sakit belakang semasa mendukung anak?
Lenguh tangan bila dukung anak terlalu lama?

Tak yakin menggendong anak?

Bimbang keselamatan anak?
Bosan bila pengusung bayi mula memenuhkan bonet kereta?

7 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KELEBIHAN MENGGENDONG BAYI


Kajian mendapati dengan menggendong selama 3 jam sehari dapat mengurangkan tangisan bayi sebanyak 43% secara keseluruhan dan 54% pada waktu malam 

Bayi baru lahir memerlukan pemerhatian yang lebih dan kajian menunjukkan sentuhan ibu dapat membantu dalam proses tumbesaran bayi dengan lebih cepat.

Interaksi antara anda dan anak lebih baik apabila ibu bapa berjaya membaca gerak geri bayi terlebih dahulu sebelum mereka menangis

Memudahkan anda melakukan aktiviti harian tanpa mengabaikan keperluan dan kehendak anak

Kedudukan kaki bayi, atau lebih dikenali sebagai "M" position ( seperti mencangkung ) adalah yang terbaik dan paling selamat dan selesa untuk tulang dan tumbesaran mereka

Dakapan ibu bapa adalah dakapan yang paling bermakna kerana disulami kasih sayang berbanding dakapan stroller atau buaian.

Ibu lebih mudah menyusukan anak dan lebih cepat respon apabila anak lapar susu





p/s : nanti saya update stok yang available..

sms/call/wassup jika berminat @ ada pertanyaan lanjut mengenai baby wearing...
019-3128212



No comments:

Post a Comment