Friday 27 April 2012

iKhLas, ReDho & TeRsEnYuMLaH..

Assalamualaikum...

Pesanan untuk kita semua..

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA

Belajarlah TAAT walau BERAT

Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI

Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN

Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA

Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH


Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..



Berterima kasihlah pada orang yang telah..

☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…

☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…

☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…

☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥
 
Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti

kerana senyum itu pengubat segalanya :)


chumelnya senyuman anak ibu ni..penyubat hatiku..



SuSaH Ke Nak JaDi MuSLiMaH??

Assalamualaikum..

salam jumaat buat semua..

- Aurat wanita lebih banyak daripada lelaki
- Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
- Wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki
- Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
- Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki
 
Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..

- Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan?
 
Itulah bandingannya dengan seorang wanita,
 
- Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya
 
- Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
 
- Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.
 
- Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.

- Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.


Thursday 26 April 2012

MaaF..

maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..



♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..


♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..


♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..


♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..






~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..InsyaAllah..♥




Wednesday 25 April 2012

R@HSiA IsTERi Y@NG SeTiAP SU@Mi PeRLu TaHu

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "


tuan belog berkata : hargailah apa yang berada disisi kamu sementara ia masih ada...;)

Wednesday 18 April 2012

MeNu mLm Ni : UdAng MaSak SaMbaL..


Sodap nya..sambil menjilat pinggan mangkuk..
pasni Abih lah gatal2 mana yang alergik tu yer..
baru jer sembuh luka parut kat siku..
dah jadi buruk siku lak ko..haha..
terbaekk la..
bagi yg malas nak memasak menu ni la paling simple dan senang..
mudah lak tu..main campak2 jer dalam kuali..tak samapi 5 minit dh siap!!!


ni gambar dari gugel yer..lebih kurang mcm ni ler ghupernya..


tuan belog berkata : masa aku kat opis tadi kemain gelap gulita macam hujan nak lebat..dah2 ni taknampak pun ujan turun sgt..tu lah org cakap "langit mendung tak semestinya hujan"..


Ww : RaNia aLeesYa mMg SuKa GaYa McM Ni

Assalamualaikum..





tuan belog berkata : kalau kain tutup hidung tu dah paham sangat la..itu bermakna ica nak tido la yer..mmg tabiat ica mcm ni..hehe..kiut jer ibu tgk..;)


LePaK2 Di TaSiK PuTraJaYa..

As salam..



rajin pulak aku ari ni yer..hehe..asik melepak2 jer tajuk nya..bkn bdk2 skolah jer yg melepak tau, org dh berfamily pun boleh lepak2 jgk..lagi bagus kalau dah ader anak2..dorg takdelah terkurung dlm umh je..nnt bosan pulak kan..kat sini pun ramai yg dtg lepak2 bwk ank2 jalan..org yg berdating pun ado..org arab pun ramai dok lepak2 kat sini, siap bentang tikar utk berlanding lagi tu..hmm..apo2 je la..asal tak ganggu org laen kan..

afiq siap bwk bola lagi..senang nak sepak mana2, takde org yg kacau..luas jer kawasan ni kalau nak bermaen2..biar puas die berlari sana sini..


ibu ngan ica in da' house..;)


ala chumel..chumel ni....geget pipi tu kang... suara ica pulak tu nyaring ya rabbi...hmm..rindu nya ngan si kenit ni...bergaya ngan kasut yg ibu die oter tu..hehe..baru ngam ngan kaki ica yg keding tu..hehe..


hehe..semestinya ibu die pun terselit jugek.
ibu, ica, afiq, busu (merangkap adik ipar i), cik abg syg ngan mak mentuo den..setiap kali nak amik gmbr afiq msti senyum punye..hehe..chumel nyerrrr

ni anak buah, merangkap sepupu kpd ica ni..

masa pun tak mengizinkan sangat..hari dah nak maghrib..bye..bye..nnt ktorg dtg lagi yer..

last but not least,my family!!


tuan belog berkata : kekuatanku, kelemahanku..kegembiraanku, kesedihanku, kebahagiaan ku & kebanggaanku...mereka adalah segala2nya bagi ku..

PrOjEk iBu Di PaGi HaRi..

As Salam..

samat pagi...nak dipendekkan crita, waktu ni lebih kurg pkul 4 pagi..mase tu terbangun lak takbole nak tido dah..so apa lagi trus amik jarum ngan benang dan bermula projek meng'oter kasut si kecik ni..bli ari tu saiz 9-12 bulan..tapi bile try test kat kaki die tak sangka la pulak cekeding nya kaki si ica ni..
so apa lagi mentang2 lah ibu die ni ader kepkaran sedikit..hehe..


sebelum tu terbalikkan kasut tu dulu..kita perlu jahit bhgian dlm..

gini la jadi nya nnti..jahit dgn penuh kesabaran..hehe..

tada!!! hasil nya tetap sama cuma dah mengecil sedikit jer..haha..jimat tak payah nak tukar2..esok kita bole mengetest yer sayang..



tuan belog berkata : geram betul bile pegi ke kedai eksesori budak2 pompuan ni..ibu die yg lelebih..hehe..apa salahnya mencantikkan ank sendiri kan....kan...



LePaK2 Di DaTaRan MasJiD PuTrajaYa

Assalamualaikum..

lama nya rase tak mencoretkan sesuatu disini..hehe..sibuk sgt kot aku ni..ari ni baru ader masa nak mengaplod gmbr2..gmbr2 ni sume mase ari jumaat ritu, sambil menuggu nak amik parent in law kat tol kajang, so ktorg lepak le sekejap kat sni..dh lama rase nya tak dtg sini,macam biasa la mmg ramai org dtg bwk ank2..sonok tgk bdk2 ni bebas main kat sni..

afiq skang ni pandai dh senyum..hehe,senyuman yg pling menawan..cair hati ibu ni..;)..so suueeet..

budak ni baru pas bangun tdo..ibu tlah paksa ica utk berjalan..nge..nge..


baru bertatih nak bejalan..dh setahun lebih ica ni..bilo lah nak berjln ni Rania Aleesya ooiii!!



senyum lagi..;)

afiq ngan ibu..;)


ayh ngan anak2 ;)..
ica ngan ibu ;)..


tuan belog berkata : dah setahun 2 bulan ica ni..rase nya baru smlm aku melahirkan dia..kesakitantu pun masih bugar di ingatan..ngeri mak....


Friday 13 April 2012

Salam Jumaat...

Assalamualaikum...


Sekejap jer dah ari jumaat..terasa seperti usia perjalanan hdup kita makin berlalu..oh..tidak!!!takut nya bila mengingati hari2 yg berlalu tanpa pengisian yg penuh erti..

risau hati ini makin terasa..eerrmmm..knape yer..?

sgt sush utk aku tafsirkan..kpd mu YA ALLAH aku memohon spy kau tenangkanlah hati aku ini sentiasa & aku memohon perlindungan dari-Mu..amin...


oh yer..smalam hari yg penuh rajin buat diri aku..mengemas umh yg dh berswang mcm belog ak ni..hehe..siap mengemop lantai seluruh umh lagi..& then mlm tu mak mentua call ckp nk dtg esok (ari jumaat ler)..fuh!!lega..sib baik la umh dh berkemas kalau x jenuh aku tak cukup kakitgn..dah ler jatuh tergelincir..mcm nangka busuk pulak..lawak btul la bila aku kenangkan tragedi smlm..seb baik takder org yg nengok, peh jtuh tu siap boleh gelak sengsorg..ngee..naya jer..atas kelalaian aku sendiri..tu ler sape suh tak beringat..hehe..


tuan belog berkata : beras kat umh dh nak abis, kena bli jgk ptg ni..hehe


Monday 2 April 2012

Bersawang Sudah..hehe

Assalamualikum...

wah..wah..belog ini macam ada ura2 sudh bersawang..hehe..
lama nya aku tak mencoretkan sesuatu disini..
mungkinkah aku tidak berkesempatan untuk bukak ruangan ini..
@pun aku sengaja tidak mahu menjejakkan kaki ke sini..
alooolooo...kesiannya kat belog aku ni..tiada ruang waktu untuk aku ataupun sifat semulajadi aku sudh dtg..hahaha...
kalau sifat itu sudah dtg mmg tak perlu kata apa2..
semangat oh semanagat!!!mana kamu..sila lah dtg padaku..



tuan belog berkata: banyak menghabiskan masa bersama anak2 dirumah sejak kebelakangan ini..