Tuesday 23 September 2014

Rania VS Lempeng...


Assalamualaikum..

Gambar hari minggu yang lepas..my kids duduk kampung cuti sekolah baru ni.. sebab sepupu dia ramai yang duduk umh atuk + nenek dorang..

Masa ni tengah breakfast lempeng cicah dengan gula putih.. ni memang feberat dia.. habis jugak lah 2 keping..




This is for my target.. minum sehari 8 gelas atau lebih air masak.. Dah lebih sebulan lepas bulan puasa aritu..so setakat ni memang berjaya lah.. hari ni punya air jer setakat tengahari tadi dah 1 botol setengah.. 1 tabung air tu bersamaan dengan 900ml..me ni dalam kategori susah nak minum air masak.. kadang tu kalau time kerja memang minum air manis jer.. air masak susah sangat nak telan..

Fisrt trial memang terasa hard ler nak habiskan sebotol tu, tapi bila kita tekad pasti berjaya...
Setiap kali nak refill air kena pergi pantry.. Pantry kat opis ni bukannya dekat, biasa lah government opis.. jauh jugak lah.. so kena rajin kan diri berjalan sikit.. at least kita berjalan sambil bersenam jugak..

And my husband is my mentor.. air masak tu feberet minuman dia..



Thursday 18 September 2014

Planes : Fire & Rescue


Assalamualaikum..

Semalam punya cerita.. menonton wayang bersama family + my mom n my abah pun tengok wayang sekali..
Cerita ni memang sesuai sangat bawak anak-anak tengok.. Afiq memang teruja tengok cerita ni cuma rania lah mula-mula tu ok lama-lama dia jadi keboringan sikit.. Bertahan je lah sampai habis cerita..

Atuk ngan nenek memang sporting la.. teman kan cucu-cucu tengok wayang.. 
Yang ni anak-anak abang me..


My kids dalam wayang..




Cerita tu dekat 2 jam jugak lah..jenuh nak memujuk anak dara ni.. nak keropok lah.. nak balik lah.. last-last habis jugak lah ibu dia yang tengok khusyuk..

So.. u'olls bole lah bawak anak-anak menonton cerita Planes pada hujung minggu ni.....



Monday 8 September 2014

Katalog IKEA 2015...


Assalamualaikum..

Katalog terbaru ikea sudah keluar.. Minggu lepas bukak post box kat rumah tengok-tengok dapat katalog ikea..suke..suke..suke... So apa lagi jom plan deco-deco rumah lepas ni...


Kalau nak tengok online pun bole.. klik jer link di sini .. selamat menjamu mata..

Sunday 7 September 2014

Rania @ Queen Rania ] We Love u...


Assalamualaikum..


Dah macam besar pulak me tengok anak dara sorang ni.. Kemain lagi bila bergambar.. mandi pun tak lagi time ni.. ni masa balik kg melaka last week..
sgt comels..


Friday 5 September 2014

Pindah Rumah Baru ] Lebih besar..

Assalamualaikum..

Hari tu duduk sementara je kat dalam mangkuk ni.. Ni dah kira jadi hobby terbaru asben la ni.. heheeee..




Nampak nya rumah kali ni lebih besar dah lagi cantik .. sebelum ni air batu-batu halus kat dalam akuarium tu..tapi bila letak batu tu air cepat jadi kotor.. jenuh lah setiap hari nak mengadap benda ni.. So,bila dah keluarkan batu batu tu nampak nya semua ikan tu bergembira di dalam ni..lebih luas dan bebas berenang ke sana sini..

So nampaknya, lepas ni tuan kamu rajin mengadap kamu yer hari-hari.. 


Kura-kura sebelah tu dah ada teman sekarang...uyeee...kura-kura tu pulak my kids yang bela.. chuchu & chichi namanya..



Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 @ Dataran Pahlawan, Melaka


Assalamualaikum..

Odw nak pergi tengok perbarisan hari kemerdekaan di dataran pahlawan, Melaka.. Orang lain pukul 6 pagi dah keluar rumah.. yang kami ni pukul 10 baru nak bergerak ke bandar melaka..Nak menyiapkan sorang-sorang makan masa jugak lah..  Semangat anak merdeka dorang ni..



Tahun ni dorang buat perarakan atas shopping mall ni.. Atas ni ada padang besar.. so lepas berpanas terik kat atas tu nanti boleh amik aircond kat dalam ni pulak..heeeee




Ni la padang tu tapi dorang buat kat atas jalan tar tu.. sebelah padang ni jer.. tapi sebelum tu sempat lagi nak amik gambar rania ni.. budak tu berpanas dah..


Belakang tu pentas utama.. tempat duduk YDP melaka dan tetamu kehormat..




Acara sepanjang perbarisan berlangsung.. kitorang datang lambat sikit.. so acara perbarisan pun dah nak habis.. yang sempat pun ni jerlah.. Perarakan basikal oarang dulu-dulu berpakaian macam orang zaman 60-an.. perarakan kereta proton @ kereta nasional.. ade abang-abang beca..

Last sekali sebelum penutup tu ada perbarisan dari tentera.. tu je yang sempat kami tengok pun..

Yang penting anak-anak seronok.. Ini pengalaman dorang pertama sambut merdeka.. Ada rezeki tahun depan bawak dorang sambut kat dataran merdeka KL.. yang kat situ lagi meriah..inshaallah..


 

Thursday 4 September 2014

Baru lepas Demam ] My Little Asistant Yang Sedia Membantu..

Assalamualaikum..

Minggu lepas rania demam, so me cuti sehari utk jaga dia.. 
Alhamdulillah bila demam tak lama, dalam 2 hari je lepas tu sihat dah..Semakin besar semakin dia dapat control antibodi badan dia sendiri.. 

Nasib baik lah all my kids ni jenis yang tak meragam bila makan ubat..So masa ayah dia kerja, me bawak dia sendiri pergi klinik.... Dia pun tak active sgt pun masa kat klinik tu.. Tapi bila doctor nak check tekak, dia sendiri yang nganga mulut tu, tak payah lah doc nak guna smthing untuk jolok ke dalam mulut tu..

Good rania...Balik rumah tu still panas lagi.. me jaram dengan air paip jer, lap-lapkan badan dia.. especially me fokuskan kat celah ketiak dan celah belakang lutut tu..Dan lagi satu JANGAN letak kain basah kat dahi, mak me yang pesan macam tu so mesti ada sebab kan....


Tengahari tu bila me nak memasak, rania pun sibuk lah masuk ke dapur.. Me suruh dia potong sayur je..Sebab dia tak boleh pegang pisau lagi.. Gunting tu pun besar, susah dia nak pegang elok-elok..

Gambar terseksi sikit ni... Ternganga-nganga mulut tu nak memotong sayur..Masa ni dia dah stat aktif sikit..


Lepas ni ringan lah tugas me sikit.. memang nak kena didik girls ke dapur dari kecik-kecik lagi.. Nanti bila dah besar takde lah tergedik-gedik nak pegang pisau..heeeeee


Mencari Ketenangan ] Mini akuarium..


Assalamualaikum..

Our new guest @ home now...


So.. lepas ni kalau stress tu boleh lah jenguk-jenguk kat sini..tenang sikit yer..
My kids excited dengan anak-anak ikan ni.. Rania siap ambik penapis air sebab nak ceduk ikan ni keluar.. kadang tu dia ceduk pakai sudu lah.. nasib lah kalau sudu tu kita guna balik..

alahai.. anak owh anak...


Asingkan tempat tidur ] Bilik Tidur Sendiri..


Assalamualaikum..

Sebelum tu tempek sikit gambar ni.. dah lama duk dalam draft..  
Alhamdulillah... sekarang ni dorang berdua ni dah tidur dalam bilik sendiri.. Me letak katil bujang 2 biji.. So dorang masih berteman lah.. Kekadang tu rania pun menyelit jugak nak tidur sma dengan ayah dia..
Afiq jer yang ok.. Bila nak tidur jer terus dia masuk bilik dia dan tidur atas katil sendiri..
Dah bujang nama nya kan..

Bersusun-susun anak patung rania ni..At least bila dah ada katil masing-masing dorang jadi excited sikit.. masing-masing nak kemas sendiri..
Ok lah dorang pun dah besar, memang patut pun kena berdikari awal-awal.. nanti takde lah manja sangat.
Sebelum dorang tidur tu me selalu jenguk cium dorang, suruh baca doa sebelum tidur.. sekarang ni dah jadi habit pula dengan keadaan ni.. Dorang berdua ni pun ok jer..