Thursday 25 November 2010

my precious bby..the moment he grow up..

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


epy burfday boy!!!! ibu syg sgt2..muacchh..a kiss from me to u my dear..


Friday 19 November 2010

PuLLmaN..TaMan TaSik RekrEasi......








we'all ni 1st time dtg kat sni (blik kje trus gie sni..heheh, punye la truja nk cri tmpt ni..).. tgk tu cantik kan tasik ni, siapa sangka kat sni pun ade pantai..xp'lu pergi jauh2, ..tmpt ni mmg sesuai utk b'iadah, ramai org dtg bw ank2, b'joging, siap ade photo shoot utk gmbr kawen.. (pasni nk bw afiq dtg sni ..)huhu..besshh..besshh..


Thursday 18 November 2010

Contest : The Best Moment of Wedding






1st time nk join contest cam gini..hrp2 b'baloi ler masuk..heheh..rase nyer ni la gmbr yg plg sempoi n simple untuk diuploadkan..heheh...memori plg indah termetri pada "10 jan 2009"..



TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower LPP dan juga FB

2. Dengan sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER di Belog ini dan LIKE kat page LPP di FB juga (kalau mau..tiada paksaan pon)

3. Linkkan http://littlepreciousphotography.blogspot.com di blog uols

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini


5. Upload 1 keping gambar uols yg uols rasa sangat best la eh.

6. Tinggalkan link penyertaan uols di entry ini

Pemenang UTAMA akan menerima

PAKEJ PHOTOGRAPHY PERCUMA IAITU
PAKEJ MANJA
(sila tgk kt dlm belog LPP bawah tag Package)


Friday 12 November 2010

BrEakfast TiMe...



klo nk tau tiaap2 pg ni ler rutin hdup ku..(konon je la, buat sementara ni..klo nk ngadap bnda ni seumur hdup, kurus kering jdnyer ak..hehe) disiplin kna kuat woo klo nk dpt kan berat yg seimbang sejajar dengan perkembangan perut ku..last time wktu ak pregnt(sgt2 la ak xpercaya perubahan berat smpi mcm tu skali..), ners slalu "bebel" sbb nye ak dh jd mcm mrs.hulk..(cumer x b'tukar wrna je..)so,preggy dis time ak kna kontrol skit..manage myself utk amk mknn yg btul2 seimbang n b'khasiat jer tau..slamt b'jaya 4 myself..



low FAT!!! U see...?? ni la susu yang i mnum selain dr susu ANMUM... i kna kontrol berat tau.... last week g cek up nes ckp..

nes: mane u punyer berat lagi 0.2kg ni..
me: kurang ker berat sy..

nes: hmm..

me: laa..yeke..ingtkan dh t'lbh, sy tgh kontrol mkn skang ni..
nes: naper..??oo patut la pun, last month u punyer berat naik smpi 5kg/month...
me: hehe..



roti mcm ni bagus untuk org yg tgh diet(mkn roti ni 10 keping xrase kenyang jgk..hehe, pelikss..)

p/s :...but pg td ak dh t'mkn bihun greng + kentang..mcm ne ni..??//? abis lar diet ak rini..


Tuesday 9 November 2010

Pesanan Buat SuaMi-Dato' Dr.Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar nak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik- cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu dirumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Wednesday 3 November 2010

wallPAPER...






my screen comp. wallpaper.....cute x....??baru teruja skit nak buat keje..

Tuesday 2 November 2010

bulan baru...


sekejap jer mase b'lalu..sekarang ni dh masuk bulan november..wahhh..xsangka ny, harapnya kehidupan akan bertambah sukses pd bulan 2 yang mendatang...amin..
semuga ak menjadi seorg ibu yang hebat di mata anakku, muhammad rafiq adha n my future's serta menjadi seorg istri yg paling taat di mata suamiku, Rahizal Herey....