Thursday 27 November 2014

Tadika MAiWP ] Lawatan Ke Bomba..


Assalamualaikum..


Ini last aktiviti tadika abang rafiq sebelum cuti sekolah aritu.. Sebelum pergi bomba tu kemain lagi remind kat me yang dia nak pergi lawatan ke bomba... Pagi tu laju jer bangun, sekali panggil jer terus masuk  bilik air..

Cikgu dia wasap gambar budak-budak kat situ.. Memang seronok nampak nya.. Rafiq tu memang nak gi bomba, tapi takkan ler kita nak masuk dalam tu tanpa arah tujuan pulak..

Ni bila tadika dia buat lawatan ke situ seronok sangat lah dia..

Abang rafiq bersama kawan-kawan tadika...




Anak bujang me yang tengah-tengah tu.. Ahli bomba cilik..





Alhamdulillah.. tercapai jugak hasrat dia nak pakai baju bomba.. hehe.. balik rumah tu excited bercerita pengalaman dia kat sana bersama kwan-kawan..

Tuesday 25 November 2014

Kenduri Kawen Sepupu ] Sambut Birthday Abang Rafiq sekali..


Assalamualaikum..

Kenduri kahwin sepupu belah asben hari ahad yang lepas...Rumah dia dekat area Masjid Tanah, Melaka. Gambar ni masa on de way nak gi rumah pengantin .. Napo lah cekak ang ke dahi nak oii... cantek nya anak dara ibu n ayah ni..Sempat lagi ber peace...


Masa ni rania jadi flower girls.. Sebenarnya tema gurls ni semua warna biru + pink.. tapi rania punya baju lengan panjang, so takut dia panas bila pakai.. so me pakaikan lah dia gaun.. cantek jugak ade kaler tema pink2 lagi... me rase dia paling comelss kat situ..hihi..puji anakdarasendiri...


Alolo...kiut nya rania nih...dalam bakul kecik yang dia pegang tu ade bunga rampai.. sebelum berarak tu me cakap kat dia,.. "nanti kalau dah jalan adik baling bunga rampai ni tinggi-tinggi tau.. buang jauh-jauh pun xpe.." berpuluh kali me pesan kat dia..  last-last me yang baling bunga rampai tuh.. pemalu anak dara me ni rupa nya.. lagi-lagi dia tengok orang ramai..hihih...


With her cousins.. ade sorang lagi  tapi takde dalam gambar.. tak sihat masa ni.. 2 girls and 3 boys.. rania paling muda..



dari pandangan atas..


Ni kek abang rafiq dengan atuk melaka.. same date 25/11/2014...sambut sekali..Sebelum gi rumah pengantin tu sempat singgah SR untuk bli kek..


Atuk melaka n his cucu.. Sebelah tu nenek afiq.. n sepupu afiq..Semoga ayah mentuaku sihat walafiat, murah rezeki, bahagia disamping keluarga dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT...


Abang rafiq malu-malu nak tiup lilin.. dia malu depan orang ramai... puas lah me memujuk..


Ours with pengantin baru.. semoga kekal bahagia till jannah... Same with me n asben too...


This is part of my big family, uncle's n auntie's sebelah asben.. yang lelaki takde dalam gambar ni... tu belum termasuk yang kecil-kecil lagi.. Syukur alhamdulillah me termasuk dalam kekeluargaan ni.. meriah n happening kalau ada apa-apa event...Semoga hubungan kekeluargaan terjalin samapi ke anak cucu yang seterusnya.. amenn..


Lepas majlis hujan turun selebat-lebatnya.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. semua ni nikmat daripada Allah SWT..
Dan abang rafiq tak lepaskan peluang main air hujan..


Seronok sangat dia mandi air hujan.. takde orang nak larang.. ikut sepupu-sepupu dia yang lain.. bagi can lah sekolah dah habis...


Hmm.. ok tu jer lah cerita kami di hari minggu..

My Rafiq Turn 5th..

Assalamualaikum..

25 November 2014...
Selamat hari lahir yang ke 5 tahun sayangku..
Muhammad Rafiq Adha Bin Rahizal Herey..

Semoga abang rafiq menjadi anak yang soleh, mendengar kata,sentiasa sihat selalu, cemerlang serta berjaya di dunia & akhirat, & sentiasa di bawah lindungan & rahmat Allah SWT... Ameen

Ibu, ayah, adik serta keluarga yang lain sayang abang sangat-sangat...


Kisah sambut birthday sebelum ni boleh tengok kat sini..

cerita masa birthday ke- 4
cerita birthday ke- 2

Friday 21 November 2014

Spagetti Paling Senang..


Assalamualaikum...

Malam tadi kita masak western saje..sangat mudah dan cepat untuk dihidangkan..

Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang Merah
daging cincang (brand ramly)
Bawang holland (potong Dadu)
Sos Cili
Garam secukup Rasa
So, jadi lah dinner kami anak-baranak malam tadi..



Wednesday 19 November 2014

Model Terlajak Manja...


Assalamualaikum..


Malam tadi takde kerja memasing... So apalagi layan anak-anak je lah.. Ini Siti Tegar namanya..Nak nyanyi lagu aku yang dulu bukan yang sekarang.. tapi versi rania lah.. tadah telinga dengar dia nyanyi...




Masa mereka berdua baik-baik... Peluk cium pipi bagai.. Rania tu lebih pulak peluk abang rafiq... dah macam kakak pulak dia..Abang afiq tu nak buat muka ganas tapi dalam hati ada taman.. masih terserlah kemanjaannya.....

Haisshhh....nampak kita ni dah makin berumur bila tengok anak-anak membesar...beza umur dorang ni pun tak jauh.. harap kemesraan adik-beradik ni sampai ke besar nanti..

Yang ni pun berpeluk sakan.. sampai terkekeh rania gelak.. sekejap jer baik ni masa nak ambil gambar.. tak sampai 5 minit bila main masing-masing nak bercakaran.. ade ke patut pasal plastik pun nak berkelahi..plastik yang me nak buang dalam tong sampah.. anak--ooh anak...

Kadang-kadang tu pasal iklan dalam TV pun nak bergaduh.. cop sana..cop sini.. haisshhh... bukannya dapat pun kalau dalam TV tu kan....macam mana nak bagi adik-beradik tu tak bergaduh yer...? Ada orang cakap kena satukan tali pusat.. tapi me dah satukan tali pusat dorang pun sama jugak...mungkin masa kecik je, nanti masing-masing dah besar tak gaduh kan..

Pantang nampak kamera rania ni.. Yang ni aksi muka manje katanya..

Abang rafiq macam biasa aksi ultraman.. sekarang ni ade cerita baru ultraman kids..suka lah dia tengok citer tu..Kalau kat rumah remote dia yang konker.. kartun memanjang, tak boleh langsung nak tengok channel lain..melainkan dia tidur..huhu





Alhamdulillah Dah Sihat..


Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah... Pagi ni rania dah boleh pergi taska....

Tengahari semalam me gantung kuali, en.asben ajak makan kat luar.. Tekak pun dah rasa tak sedap so apalagi lunch dekat alamanda je la... Rania nak pakai tudung, ikut mood die..ada masa dia nak pakai.. ade masa dia tak nak sebab dia cakap leher dia gatal.. berpeluh..

"Ibu cepat lah ambik gambar adik..".. hai lah rania....bergaya sangat awak ni yer.. lepas tu siap cakap.. "ngoyeng-ngoyeng juge moh kiter beramei..(ajuk suara dalam tv ustaz yop)..


Senget benget dah tudung adik tu... macam rupe nenek yam pun ade jugak..mulut tak henti pot-pet jer.... muka orang dah sihat..


Abang rafiq pulak yang muntah-muntah semalam.. Me rase badan dia dah mula panas sikit....macam berjangkit pulak.. makan minum dalam bekas yang sama.. tidur pun nak sama-sama..adik beradik la kata kan.. Terus me bagi dia makan ubat demam rania.. Alhamdulillah malam tadi badan dia kembali normal..syukur sangat...

Hari ni dah sihat seperti biasa, pagi ni pergi tadika muka ada senyum sikit.. minggu ni last persekolahan lepas ni dia pun cuti macam persekolahan biasa.. bulan jan 2015 baru masuk sekolah balik.. alahai.. cepat nyer masa berlalu.. baru rasa nya register untuk dia masuk tahun ni..

Tapi perangai manja nya mengalah kan adik rania.. kasi post gambar selfie dengan ibu sikit..Satu-satunya "hero"  in our family right now.. next tak tahu lagi..huhuhu..



Monday 17 November 2014

Rania ] Demam..


Assalamualaikum..


El arini, ubat yg klinik bekal kan utk rania...get well soon dear..
Tonsil dia bengkak sikit, so kna bykkan makan yg sejuk etc aiskrim vanilla, jely n smething yg lembut2...



Thursday 13 November 2014

Rania ] Bila Dah Pandai...


Assalamualaikum..

My solehah yang bijak berbicara ni selalu nya akan tanya kita macam-macam sampai kita sendiri tak bole nak jawab.. Then bila dia tanya tu, dia nak kita fokus pada die.. Kalau kita sambil lewa jer nanti dia merajuk..

Sekarang ni dia nak mandi sendiri.. Bila dia masuk bilik air, siap pesan awal-awal sebelum tutup pintu, "Ibu jangan tengok adik yer, nanti malu.." Tapi me biasanya akan berdiri di depan pintu jer.. Pantau dari luar..biasa nya dia mandi lama.. Kena sabun badan, syampu kepala..berus gigi sekali..

Bila dah habis mandi pandai pakai baju sendiri.. siap sikat rambut pakai bedak sekali..kalau duduk depan cermin tu menyanyi lagi...












Rania & Cheese...


Assalamualaikum..

Sebelum ni me tengok rania tak suka makan cheese, tapi malam tadi dia makan 3 keping...
Me memang tak bole telan cheese semata tapi kalau kek cheese ha yang tu boleh saja..hahaha..
Semalam sampai rumah terus buka peti sejuk ambil cheese.. baju pun tak tukar lagi tu..

Aik..makan tangan kiri adik oii..  sampai rumah sibuk nak mewarna je..


Sedap nyer cheese ni...


Lepas mandi malam tadi pun sambung lagi makan cheese.. Tu malam tadi me rajin buat roti telur cheese.. abang afiq dengan ibu yang makan.. Adik rania ratah cheese aje..


 

Muzium Tentera Udara @ KL..


Assalamualaikum..


Ini cerita lama tapi nak post jugak..Kitorang pergi muzium tentera udara kat KL tu.. Abang afiq ni nak tengok kapal terbang real..Nasib baik ada rezeki nak datang sini sebab nya kami dah rasa lost jalan nak ke sini.. ingatkan nak balik jer tapi lastly jumpa jugak muzium ni.. jalan nya macam tersorok sikit....

Masa kitorang sampai tu ade lah beberapa orang yang baru nak balik.. My family jer yang ada kat dalam tu.. Ini ada info pasal muzium tu..
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma


Beberapa keping gambar di muzium....



Ini kapal terbang Caribou....



Disebabkan kitorang jer yang ada kat sini, boleh lah abang afiq merasa naik kapal terbang ni..


Kalau masuk sini 10 minit pun dah sukup, melainkan nak bergambar dengan setiap kapal terbang kat situ.. Kalau bawa anak-anak dorang seronok sebab dapat tengok bermacam jenis kapal terbang tentera....Tempat ni pun tak besar mana..
Oklah kalau sesekali bawa anak-anak ke muzium.. They learn something from history... Ni tak de lah asyik nak jalan dalam shoping kompleks je..

At least, bila ada orang cerita pasal kapal terbang, dorang bole ingat semula tempat ni dorang pernah jejak...



Wednesday 12 November 2014

Roti Telur Cheese Sedap...


Assalamualaikum...

Malam ni baru berkesempatan nak buat ni.. biasanya tengok orang buat dlm fb @ belog jer..Senang rupa nya nak buat.... roti gardenia tu lapik dengan cheese pastu salut dengan telur...


Kejap je masak tak sampai 5 minit.. yummmyy...meleleh keluar cheese tu...dah habis semua ni dalam perut.menari2 lemak dalam badan..huhu.. makan cicah dengan sos...



 

2 Biji RM30 ] Pizza Hut..


Assalamualaikum..

Bila rasa malas nak masak, call jer 1 300 88 2525.. Dalam masa 30 minit sampai depan pintu rumah korang..huhuhuhu...

First time, me oder pizza delivery.. macam rasa jakun sangat..hihihi..
Me ambil yang RM30 dapat 2 regular + 2  free soup.. Tu belum tambah dengan tax..Ok lah kan sesekali makan pizza..


Abang afiq makan lebih. dia macam suka je dengan pizza..Padahal bukannya selalu makan pun.. Me oder Deluxe cheese n hawaiian chicken.. tapi my kids lebih gemarkan hawaiian chicken.. Mungkin cheese tu tak berapa nak cheesy sangat kot.. bila tarik tu tak macam dalam iklan tv.. poyo jer..hahaha..


Tengoklah tu dia punye saja sampai 4 keping..


Rania pulak biasa-biasa je.. Dia makan yang belah atas jer.. bab roti dia suh kita makan pulak..Dia lebih suka makan soup..Sup kat pizza memang sedap kan...


Next time boleh repeat oder ni.. Tapi try yang lain pulak...hehe



Lego...


Assalamualaikum..

Sekarang ni permainan lego tu dah jadi trend pulak.. Termasuk lah anak bujang me tu, kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak beli lego, tapi beli yang murah-murah je la..kadang tu kat pasar malam beli 3 kotak RM5.. tak mau lah beli yang mahal-mahal.. Kang kalau beli yang mahal asik hilang je..

Yang ni baru lepas pow atuk ngan nenek die..
Khusyuk betul nak memasang nya..Biar dia fikir sendiri macam mana nak pasang ni..


Siap tengok kat kertas rujukan tu lagi.. Kemain lagi yer abang rafiq ni..


Ayah jugak kena tunjuk ajar....tersenyum sebab dapat beli lego lagi...


Ni kalau time ok.. Kalau time mood tak berapa nak cantik, lego tu habis dibaling satu rumah..bersepah-sepah.. me ni pulak kalau menyapu terus je buang.. Sekarang ni jer, me jadi rajin bila bersepah tu, me kutip semula simpan dalam bekas tipu ware jer.. Bila dah kumpul-kumpul jadi banyak pulak..

Permainan lego ni bagus untuk perkembangan otak melalui kreativiti kanak-kanak yang sebaya dengan abang rafiq.. sebab melalui lego-lego tu nanti dia boleh cipta sesuatu benda.. contoh nya kapal terbang @ kereta atau apa-apa saja yang dorang fikir boleh buat..