Tuesday 22 December 2015

Hana Sofea ] turning 4 months..


Assalamualaikum...

This is my second gurl..little darling in the houz.. cepat jer dah masuk 4 bulan..still breastfeed..syukur alhmdulillah rezeki my darling kecik ni..hopefully smpi 2 years..insyaAllah..

Sekarang dah pandai sengih2 bila kita senyum dia menyengih je sampai senget2 mulut comel tu..
Pipi pau dia pun dah makin mngembang..
Last 3 bulan timbang berat aritu 5.9 kg..
Minggu dpn check up xtau la bape naik..


Semoga baby hana sentiasa sihat n sentiasa dibawah lindungan Allah swt..aameen..








Keperluan sekolah di Uniform gallery Bangi..

Assalamaulaikum..

Minggu pertama cuti skolah dah siap2 beli persiapan abang rafiq..baju sekolah, seluar biru,baju melayu..semua tu me beli kat uniform gallery bangi..memang one stop center utk barang2 sekolah..senang x payah nak g merata cari dah..dengan nak angkut anak kecik lagi kan..


Total me bli semua lbh kurg RM150 utk 3 kemeja , 2 seluar biru , 1psg bju melayu n singlet 1..
Baju kemeja me ambil brand canggih..first time bli so ikut pada pendapat my sis..brand canggih ni ok tak cepat lusuh..tgk la camna nanti..



Beg n kasut pun dah beli...Selesai sudah persiapan sekolah abang rafiq..cuma nak topup sikit2 jer lagi..
Aduhai..nak skolah dah yer anak bujang ni..




Muhammad Rafiq Adha turns 6 years..


Assalamualaikum..

Lama sangat tak update belog ni..ni kira cerita trowbek lar.. birthday abang rafiq n ibu..skali sambut sebab lebih kurang nak dekat tarikh nya..jimat u'ollss..
Birthday abang rafiq 25/11 aritu..skjap je kan..nex year dah darjah 1 sob..sob..sob..makin bertmbah usia..huhu..

Beli kek sr half jer..ckup la utk mini family me ni...


Abang rafiq yang macho ni dah bujang yer..semoga dapat menjaga adik2 dgn baik..


3 org dah my kids..1 boy n 2 gurls..


Macam2 ragam n gaya setiap anak2...



My family potrait..ni yg latest..cukup sempurna..semoga Allah swt memelihara kami sekeluarga..



Buat abang rafiq..semoga abang membesar menjadi anak yg soleh, mendengar kata, menjadi contoh yg baik kpd adik2, menjadi kebanggaan, sentiasa di dalam rahmat Allah swt serta cemerlang & berjaya dunia akhirat aaminn...

We all syg abang very much..





Monday 21 September 2015

Selfie Sebelum Bersalin..

Assalamualaikum..

Ada masa sikit nak apdate belog..huhu..baby pun tengah syok tido skang ni.. Kejap lagi nak mandikan baby..

Ni gambar sebelum bersalin..Berat masa mengandung ni tak naik banyak, naik 10.8 kg ..memang pecah rekod la.. Masa ni tetiba terasa nak berselfie..ye la pregnant kali ni takde gambar..macam tak minat sangat nak ambik gambar.. 
At least ade jgk la ni untuk kenangan nanti..

Masa ni baru balik kerja.. 




huhu.. malam tu terus gi hospital sebab dah rasa keluar tanda dan rasa sakit contraction..



Saturday 19 September 2015

Alhamdulillah,....


 Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah telah selamat melahirkan baby girl secara normal pada 22/8/2015 jam 3.20a.m di pusat bersalin berisiko rendah presint 8, putrajaya..Berat baby 3.18kg..

Now, i'm just counting for 15 days lagi untuk merdeka.. cobaan...dugaan.. menahan nafsu makan..
Still bf my baby,  hope akan sampai 2 tahun..ameen ya allah..




This time berpantang sendiri jer, but my mom ada membantu masa 2 minggu pertama, tak nak menyusahkan my mom lagi untuk jaga kita sbb kita dah besar kan..lagipun anak dah 3..alhamdulillah semuanya mudah urusannya..



Wednesday 19 August 2015

Fenomena RoboCar Poli..


Assalamualaikum..

Semenjak ada cerita kartun ni, kemain lagi my kids tengok siap berulang-ulang siaran lagi dekat channel 611 tu..aduu..duu..tu belum lagi dengan mainan robocar poli ni..

Memang dari dulu lagi dorang nak mainan ni tapi masa mula-mula keluar dulu mahei sikit harganya.. skang ni kat pasar malam berlambak jual mainan ni..kalau g pasar malam jer tak sah kalau tak jejak barang jual mainan ni.. aritu dah beli set yang kecik tu, la ni nak yang besar pulak.. hmm ikut kan aje..dah rezeki korang..tolak duit raya yer..ngeh..ngeh..

Boleh tukar jadi robot n kereta..


2 ketui ni dah 25 hengget..adoi.. barang skang ni mahei-mahei semua..


Seronok sangat dapat mainan ni kan.. sekejap jer tu lepas dah puas main tu simpan dalam stor la kot..
muka puas dapat jugak pujuk ibu nak mainan ni akhir nya.. jaga leklok yer, nanti adik baby takyah beli mainan lagi dah..pakai jer yang korang punye, turun temurun jimat duit sikit.. huhu




#39weeks Already..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih sihat dan bertenaga untuk datang ofis lagi.. me pesen yang tak ambil cuti awal, sebab tak tau bila nak bersalin nya.. Macam me ni bila sakit jer or ada any tanda-tanda terus pergi je hospital..
But, sampai skarang ni pun masih lagi takde tanda-tanda nak bersalin.. Melalui last experience, mggu ke 40+/- dalam 2 hari jer.. maybe yang ni pun harap nya sama jugak lah.. tak nak lah overdue..risau nnt..

"Hmm...baby suka yer duk dlm tummy ibu ni..ikut ke mana saja ibu pergi..jadi peneman ibu.."

Panik jugak bila semalam macam tak rasa gerakan baby, tersangat-sangat lah risau.. puas la kita duk tolak perut ke kiri ke kanan atas bawah, tapi macam tak berapa nak rasa sebab maybe bila baby dah semakin membesar ruang dah jadi kecil untuk baby bergerak aktif.. ingatkan nak pergi klinik pagi ni tapi alhamdulillah baby bagi response kat ibu..baru terasa tendangan2 comel dari baby..

Pregnant kali ni berat tak naik sangat.. Start buat buku sampai ke last checkup minggu lepas naik 11.2 kg saja berbanding dengan abang n kakak baby dulu..almost 25kg..ngeri tau nak dapatkan berat idaman semula..
Tapi kali ni inshaAllah nak betul-betul berpantang demi kesihatan diri am nya..keh..keh..caiyok!!!



p/s: kali ni berpantang agak mencabar jugak with 2 kids + 1 baby.. hope Allah permudahkan segala urusan pantang ku nanti..ameen 44x.....


Tuesday 18 August 2015

Gigi Pertama ] Patah akhirnya..


Assalamualaikum...

Bila anak membesar baru ade pengalaman gigi patah..teruja & sangat exsaited bila jadi kat anak kita sendiri..Siap tanya kat mak kita nak buat apa kalau gigi dah longgar ni, iyelah 1st time pengalaman kan..Mak pun suruh cabut sebab gigi baru nak tumbuh..

Kejadian ni seminggu sebelum raya haritu, gigi rafiq ni memang dah longgar tapi takut nak cabut, last2 pergi klinik gig P9,tak sampai 5 minit pun nurse tu cabutkan.. haha lawak pulak.. afiq pun tak rasa sakit, relax je dia..
hmm..ape la..dulu masa kita kecik2 cabut sendiri jer..bila time ank tak berani pulak..


p/s: sekarang ni gigi sebelah yang tercabut tu pn dah longgar jugak.. adoi..nak kena pergi klinik cabut la gamak nya ni..


 

Open House Penghujung Syawal..


Assalamualaikum..

Dah nak sampai ke penghujung syawal baru bersiaran..
Makan-makan sebelum nak meletop, tengah tunggu masa je ni sebab due 24/8.. biler la baby ni nak menjengah ke dunia luar yer..
Kakak rania tu tak sabar nak main dengan baby.. kami semua tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami..

Sampai sekarang pun, masih belum ada tanda-tanda nak bersalin..hmm.. ke me ni yang dah lupa macam mana tanda nak bersalin tu..almaklum la dah 4 tahun berlalu..tu yang sempat update belog tetiba mood rajin datang pulak..

Hope semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah SWT permudahkan urusan bersalin nanti.. Inshaallah..Ameen..






Thursday 23 July 2015

Hari Raya 2015...


Assalamualaikum...



Selamat Hari Raya 2015 

ikhlas dari kami sekeluarga..
(Kg sg Lui)



Thursday 14 May 2015

BABY WEARING ] SMART Mei Tai..

SMART Mei Tai

Manjakuhappy memperkenalkan produk terbaru iaitu SMART Mei Tai cetusan idea untuk mendorong lebih ramai bapa mengendong anak dengan cara yang betul dan selamat serta lebih bergaya! 

Antara ciri-ciri dan kelebihan SMART Mei Tai
 
- Rekaan terbaru SMART Mei Tai merupakan pembaharuan mei tai yang lebih mengutamakan keselesaan untuk mengendong dengan lebih lama dan sangat mudah dipakai
- Headrest, shoulder strap dan waist strap yang lebih tebal untuk keselesaan pengguna
- Double Lock Buckle: mengutamakan keselamatan dan lebih mudah dipakai
- Adjustable Sleeping Hood: melindungi bayi daripada panas matahari ketika berada di luar selain daripada mengurangkan gangguan bayi yang sedang tidur. Sleeping hood ini boleh ditanggalkan sekiranya tidak digunakan dan boleh dilaras mengikut ketinggian bayi.
- Poket berzip membolehkan anda menyimpan tuala bayi dan sleeping hood
-Material 100% Cotton yang selesa, tidak panas dan sesuai untuk cuaca di Malaysia. 


 Product Description


 open for pre-order..

KOD : SMT1
RM197.00


KOD : SMT4
RM197.00


KOD : SMT6
RM197.00


free postage untuk customer yang membuat pembelian & pembayaran penuh sebelum
 31 May 2015.. tq


Baby Wearing ] Mei Tai Advanced..

Assalamualaikum..

APAKAH ITU MEI TAI?
Mei Tai adalah sejenis kain empat segi yang mempunyai pengikat bagi setiap penjuru. Anda boleh mengendong bayi sama ada di sebelah depan ataupun sebelah belakang. Kelebihan Mei Tai ialah, berat bayi ditampung oleh kedua-dua belah bahu anda berbanding dengan sling, cuma menampung berat pada sebelah bahu sahaja.
Mei Tai telah menhadi alat gendongan yang semakin popular di Malaysia. Ia berasal daripada negara China yang sudah berpuluh-puluh tahun menggunakan Mei Tai. Mei Tai juga semakin mendapat perhatian apabila negara-negara sebelah barat mula mengeluarkan produk Mei Tai



BOLEHKAH MEI TAI DIGUNAKAN UNTUK BAYI BARU LAHIR (NEWBORN BABY)?
Mei Tai ini sesuai untuk bayi 3.5kg ke atas. Kebiasaannya ibu menggunakan Mei Tai apabila bayi sudah pandai menegakkan kepala (2bulan ke atas). Untuk Newborn baby lebih sesuai menggunakan Baby Pouch Sling ataupun Baby Ring Sling

BERAPAKAN BERAT MAKSIMUM BOLEH DITAMPUNG DAN SEHINGGA UMUR BERAPA IA BOLEH DIGUNAKAN?
Waktu paling sesuai menggunakan alat gendongan ialah pada ketika bayi masih belum berjalan. Mei Tai ini paling sesuai digunakan sehingga bayi berumur 18bulan (1thn setengah) ataupun berat 12kg ke bawah. Ini adalah tahap maksimum umur dan berat yang paling selesa untuk ibu/bapa mengendong bayi.
Apabila bayi sudah tegap berjalan, mereka semakin kurang berminat untuk didukung/digendong kecuali jika mereka sudah keletihan :)

BOLEHKAN MEI TAI DICUCI DENGAN MESIN BASUH?
Ya, boleh. Fabrik Me Tai Boleh dicuci.

 YA, SAYA BERMINAT! DI MANAKAH SAYA BOLEH BELI MEI TAI INI?
 Anda boleh membeli MEI TAI pelbagai pilihan corak seperti di bawah dengan harga kasih sayang..


KOD : MTA3
RM157.00

KOD : MTA5
RM157.00

KOD : MTA4
RM157.00

KOD : MTA2
RM157.00


jika berminat @ sebarang pertanyaan sila
sms/call/wassup 019-3128212

*HARGA EXC POSTAGE
TQ ....


Baby Wearing ] Ring Sling Advanced..

 Assalamualaikum..


RING SLING MANJAKUHAPPY

Kini muncul dengan design terbaru
pelbagai corak pilihan serta aluminium ring!
Baby Ring Sling semakin mendapat perhatian ibu zaman sekarang. Lebih mudah untuk mengendong bayi anda tanpa rasa lenguh tangan. Dengan baby sling, ibu tak perlu lagi bawa stroller. Malahan ibu boleh memimpin abang/kakak sambil mengendong adik. Bayi anda akan rasa lebih selesa dalam dakapan ibu seperti di dalam perut, sudah tentu bayi anda boleh tidur dengan lena (melainkan baby lapar nak susuibu!)
Baby Sling ini diperbuat daripada 100% cotton menjamin keselesaan ibu dan bayi. Dijahit dengan dua lapisan kain bercorak dan dipadankan dengan cotton plain warna yang sepadan supaya boleh dipakai kedua-dua belah bahagian baby sling. 
Baby sling ini adalah jenis open tail. Hujung kain (tail) boleh digunakan sebagai pengganti nursing cover ataupun pelindung matahari/hujan renyai/angin
Ring yang digunakan adalah jenis aluminium tahan lasak dan lebih mudah digunakan. 
Baby sling ini boleh digunakan daripada bayi yang bahu lahir sehinggalah berumur 3 tahun atau 15kg. Ibu tidak perlu khuatir kerana baby sling ini boleh dilaras saiznya jadi, ayah pun boleh pakai juga

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN RING SLING MANJAKUHAPPY

1. Material 100% Cotton - Mudah untuk dilipat dan tidak licin semasa memakainya
2. Reversible Sling - Anda boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian fabrik sama ada bercorak ataupun plain ;)
3. Padded Sling - untuk keselesaan belakang badan baby dan belakang pehanya (Tummy to tummy position)
4. Zippered Pocket - Anda boleh menyimpan lampin, tuala, baby, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
5. Ring Sling - Menggunakan Aluminium ring. Boleh dilaras size sling mengikut keselesaan pemakai.
6. Mudah dipakai - kebanyakan ibu yang memilih ring sling ini kerana ia sangat mudah dipakai dan mudah laras mengikut saiz yang selesa. Ibu boleh mememakai ring sling dan mengendong bayi berseorangan tanpa bantuan walaupun dalam posisi duduk. Contohnya: Sebelum keluar daripada kereta, ibu dah boleh bersedia memakai ring sling sambil mengendong bayi. Ibu tak semestinya dalam kedudukan berdiri untuk memakai ring sling.
7. Sangat sesuai untuk dipakai ketika membawa bayi ke klinik, pusat membeli belah, berjalan-jalan di tepi pantai dan sebagainya.
8. Ukuran Panjang Sling ini lebih kurang  72 inci panjang x 21 inci lebar
9. Boleh mengendong bayi daripada lahir sehingga 15kg ataupun berumur lebih kurang 3 tahun.





 

Semua item adalah ready stock dan akan dipos dengan segera selepas order dan pembayaran diterima.

CODE : RS36
RM117

CODE : RS47
RM117

CODE : RS48
RM117

CODE : RS30
RM117

CODE : RS24
RM117

CODE : RS17
RM117

CODE : RS29
RM117


jika berminat @ ada sebarang pertanyaan sila 
 sms/call/wassup 019-3128212..

*harga exc postage...


Wednesday 13 May 2015

REVERSIBLE POUCH SLING....


Assalamualaikum...



MEMILIH SAIZ POUCH SLING ANDA:

Bagi pemilihan saiz,anda perlu mengikut ukuran pemakai dari bahu ke atas tulang pinggul (seperti gambar dibawah). Kemudian dapatkan berat terkini anda. Untuk mendapatkan saiz yang tepat, padankan kedua-dua ukuran dengan gambar/jadual dibawah. Pastikan anda memilih saiz pouch sling yang betul. 

Semasa mengendong bayi, bahu dan belakang anda haruslah selesa serta tidak terlalu ketat. Kedudukan bahagian bawah pouch sling pula sepatutnya berada pada paras pusat. Jika pouch sling dipakai berada pada aras bawah pusat (terlalu ke bawah), ini bermakna saiz tersebut terlalu besar. Jadi, anda perlu memilih pouch sling yang lebih kecil. Memakai pouch sling yang terlalu besar boleh boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang. 


Bagaimana menentukan saiz sling anda




Jadual Saiz Pouch Sling
http://youtu.be/KDl_SE8_S18
Size
S
M
L
XL
Shoulder to hip (inches)
22
23
24-25
25-26
Weight adult (kg)
< 45
45-60
60-75
>75
 









HARGA RM97.00 exc POSTAGE...
jika berminat sila sms/call/wassup.. tq