Wednesday 26 February 2014

Bersantai Petang @ PuLLman Putrajaya..


Hari ahad punya cerita lagi ..aritu memang seharian kami kat luar..selepas sambut bithday aleesya melepak pulak di pullman..
Kalau diikutkan kat putrajaya ni memang banyak tempat nak bersantai..bersyukur sangat sebab duduk di putrajaya ni..tak payah nak pergi jauh-jauh untuk menikmati pemandangan yang cantik macam ni..

tripod yang banyak berjasa..senang kalau ada tripod ni..boleh ambik gambar satu family sekali..tak payah sibuk nak selfie..hihi..

oohh...no... my anak dara duduk sopannyer...nasib baik ibu sempat cover apa yang patut..hhehehe..

abang rafiq sedang tengok dalam air..nak mandi tapi tak digalakkan sangat..sebab nanti badan gatal-gatal pulak..

amboi-amboi...kemain lagi dua beradik ni..bergaya sama..rania ni dah macam rupa "dora the explorer"...hahaa...gaya rambut depan pun dah sama..  

owhhh...lama nya tak berphotoshot.. i like this gambar..hehe..tetiba pulak yer..cantik pemandangan kat belakang tu..

masa tu kat pullman ada orang main kapal layar..  

abang rafiq lagi...

dorang berdua ni sibuk nak main air..so, jadilah dapat celup-celup tangan kat dalam tu pun dah kira ok..

Kelakar lah bila tengok gambar ni..kemain lagi anak ngan bapak..sama gaya..rania tu pulak macam orang nak tido..abang afiq pun tak mahu kalah bergaya..hihihi..

2 beradik ni buat apa tu...memang banyak akal mereka berdua ni..seronok dorang dapat bebas bermain kat sini..kalau duduk rumah terperap je lah.. 



OutDoor Celebration Bithday utk Rania...


Assalamualaikum...

Actually birthday rania jatuh hari isnin, 24/2/2014 aritu.. tapi kitorang sambut awal sehari hehe..bole gitu..kih..kih... sebab kalau nak buat next hari minggu tu rasa macam dah lambat la pulak..
so memang dah plan awal nak sambut birthday dia kat taman..kita buat simple celebration je la.just untuk kami sekeluarga sahaja..

pagi tu plan nak buat dekat presint 11, tapi kebetulan hari tu ada kayuhan ceria putrajaya..so tak jadi nak buat kat situ, kitorang tukar plan..
kat putrajaya ni kat banyak tempat bersantai..
So, kitorang decide buat dekat tepi tasik sebelah pejabat JPM..not bad jugak lah tempat tu..orang pun tak ramai sangat.. ade lah beberapa keluarga yang berjoging kat situ..cuma rumput nya tak berapa nak cantik..kering jer nampak macam tak sihat..


jom layan piccas!!!

sementara mood masing-masing tengah baik kita ambik gambar dulu...dah lah kena kejutkan dorang bangun pagi-pagi..pujuk-memujuk, layan dorang elok-elok...alhamdulillah dorang memberikan kerjasama dalam sesi photoshoot ni........hehehehe


gambar dari pandangan atas...


kek bithday rania...

adik-beradik...forever n ever...

my family.... ni je lah shoot yang terbaik bole ambik..kang tak pasal memasing bad mood susah nak cerita pulak..


birthday girl..props tu semua angkut dari rumah..gigih lah konon nya nak buat ala-ala photo shoot...

3 years old.... 24/02/2011 - 24/02/2014...





Happy Birthday yang ke-3 tahun
RANIA ALEESYA BINTI RAHIZAL HEREY 
kami sayang adik sangat-sangat..muahhhhhhhh...


p/s: i'm so happy dapat buat macam ni...alhamdulillah


Monday 24 February 2014

3 TahUn Yang Lalu....



Assalamualaikum...

Pada tarikh yang sama hari ini..lahir lah my princess..sapa lagi kalau bukan cik kembang intan payung aku yang sorang tu..
Yang rajin, yang pandai, yang bijak cerdik, yang suka merajuk, yang mengada-ngada tu, yang suka membantu ibu mengemas rumah dan macam-macam yang lagi lah..kalau cakap tu semua dia nak kata dia yang betul..

1st day lihat dunia...

masa rania mula merangkak..kiut jer rase nya waktu ni..rasa nak cubit-cubit pipi tu..geram tengok nya..

masa ni rania baru tumbuh gigi...

rania baru mula nak belajar berjalan.. di dataran masjid putrajaya.. masa ni baru nak bertatih, baru jalan beberapa tapak jatuh..dia mula berjalan pada usia 1 tahun 2 bulan.. 

ni gambar masa raya tahun 2012..jalan dah laju time ni, so dah mula bergaya sikit..sebab kat kedai kan biasanya banyak jual baju dress, girls punya baju kan cantik-cantik semuanya..nampak baju girls kat kedai semua nak beli..so kiuttt..

ni masa kat genting higlands...tahun 2013

prayer time...telekung tu pun ai beli tahun 2013.. waktu tu sangat teruja nak bawak dia pergi semayang raya kat masjid..comel sangat telekung ni..

and this is the latest gambar yang aku ambil....



sekarang dah 3 tahun usia rania.. Happy Birthdays my little princess....cepat masa berlalu...semoga rania aleesya menjadi anak solehah, mendengar kata, cemerlang dunia akhirat dan sentiasa cergas & sihat ..



Friday 21 February 2014

Rafiq ] Lukisan Pertama...


Assalamualaikum..

Salam jumaat semua.. Hari ni baru berkesempatan nak cerita tentang lukisan dari afiq..
actually ni dia buat kat sekolah, mungkin ustazah dia suruh bawak balik rumah.. semalam ak jumpa lah lukisan ni kat dalam kereta, rase-rase nya macam kenal..

sekali ak lihat memang dah tahu dia lukis apa..mesti tajuk nya keluarga saya..
dalam lukisan tu ada ayah, ibu, adik ica ngan gambar dia..

and me tergelak dalam hati je lah.. tapi terselit jugak rasa bangga dengan afiq..even lukisan dia ni menceriakan hati ibu..
at least dia berfikir dengan kreativiti nya sendiri..

good job my little khaliffah!!
 



Wednesday 19 February 2014

AkTiviTi HuJung MinGGu ] Naik TrEn..


Assalamualaikum..

Inilah aktiviti kami hujung minggu baru ni.. bawak anak-anak naik tren dari Putrajaya Sentral ke KLCC.. Sebenar nya memang takde tujuan nak pergi memana pun, sebab utama nak bawak dorang naik tren je.
Pukul 10 pagi keluar dari rumah, letak kereta di Putrajaya Sentral. kemudian ambik ERL berenti dekat TBS.. Dari TBS ambik LRT berenti dekat Masjid Jamek..

Ni masa dekat putrajaya lagi..
  
 Seronok nya mereka.. rania tu semua mainan dia nak angkut..nasib baik dia tak bawak stroller kecik dia tu, kalau tak jenuh lah nak bawak banyak barang..bear tu pun sibuk nak bawak..
  

Stesen LRT.. sekarang ni kalau nak beli tiket kena guna mesin, kaunter hanya untuk orang tertentu sahaja..
tiket nya macam token..

here we are...KLCC.. lama nya tak pergi sini.. 

Sempat la bergambar depan bangunan KLCC...oppsss.... nampak tummy!! sampai terangkat baju rania tu..







sempat lagi mereka berdua ni membaca buku.. sweetlah anak-anak ibu ni..


next week plan nak buat apa pulak yer..?

Tuesday 18 February 2014

Santai Petang @ Main Basikal...


Sesekali bawak anak-anak main basikal kat playground bawah rumah..






Suka nya masing-masing..



Thursday 13 February 2014

Melaka River Cruise..


Assalamualaikum..

Cuti CNY haritu balik Melaka so sempat lah jugak berjalan, ni tak asyik duduk hadap laman rumah jer..
bayaran masuk RM10 untuk dewasa
RM5 utk kanak-kanak..memang valuable la berbanding dengan cruise kat putrajaya..


me and family..

kawan asben n family..

suka nya abang rafiq dapat mengendeng kat tepi tu. boat ni memang jenis open air..kadang-kadang tu air kat sungai tu pun memercik kena kitorang sebab kitorang duduk depan sekali..



amboi ica kemain lagi tersenyum.. dah lah baru bangun dari tidur terus segar mata tu bila cakap nak naik boat..

dah turun dari boat, kat tepi tu memacam yang orang jual..finally terembat jugak lah pistol sabun air tu..satu rm10 klo 2 hmmm...geleng kepala lah jawabnya..