Sunday 23 June 2013

SuDaH TeRjEBaK...


nampaknya ak sudah terpengaruh dengan game ni...
hua...habis la siang malam asyik duk main ni je





CeRiTa DeMaM aFiQ...


hari isnin baru ni afiq demam..petang tu bawak pergi klinik..
kena ambil darah sebab dah lebih 3 hari..

ni baru lepas kena ambil darah..masa nak ambil darah tu kemain mengamuk dia taknak..biasa nya tak macam tu...kali ni ntah kenapa mood dia tak berapa nak cantik..
dah tu kena cucuk 2 belah tangan pulak tu..sebab yang first cucuk tu darah tak keluar..
hmm..kesian anak ibu..
pastu nak ayah yang pujukk..manja sangat tu..


yang ni masa hari selasa..masa pagi tu dia cakap tak nak pergi sekolah..
so pagi duduk dengan ayah petang pulak duduk kat opis ibu..
alhamdulillah dah sihat..



macam-macam kerja yang dia buat..mula-mula tu ok la nak duduk diam..pastu dia mula boring berjalan sana sini..


lepas demam terus dapat kasut baru...hmm...untung dapat kasut ada lampu..dari dulu lagi dia nak..last2 beli jugak..dekat alamanda takde, so peyang rabu tu pergi cari dekat warta bangi.. rm39.90...nasib harga masih mampu milik lagi..yang ni terus merangkap kasut raya yer..



Saturday 22 June 2013

MaGiC oF ThE NiGhTs PuTrAJaYa...


bersiaran dari rumah je..tak pergi pun kat sana..sempena dengan pesta floria 2013..
kemain bersemangat anak- anak aku tengok kapal berhias dari TV tu..


memasing cakap nak pergi ke situ..
alahai...kesiannya..omak korg ni pun tak berapa nak sihat..



p/s : untung duduk kat putrajaya ni..macam2 aktiviti ada kat sini..



iBu PuLaK YanG DeMaM...


mula demam hari jumaat..petang tu baru gi klinik..cek suhu 38.7..patutlah badan rasa semacam jer..tapi pagi tu gagah lagi pergi kerja..rasa nak pitam pun ada jugak, tapi aku ni memang selalu macam ni waktu bersalinkan rania dulu pun pagi tu aku kat opis lagi..petang tu baru bersalin.

hmm..harap nya cepat sembuh la..kalau aku demam xpe tapi biar anak2 dan keluarga  aku sihat sentiasa..




p/s : kepala pun terasa berat je..tapi kena gagahkan diri untuk uruskan keluarga kecilku ini..moga allah permudahkan segala urusan ku ini..



Thursday 20 June 2013

GyiWoMi VeRSi aFiQ..


ni la kerja bila duduk dalam kereta..
kalau ibu duduk kat seat depan semua nak menempek sekali..


comel!!!! ade lesung pipit..ikut sapa la tu..adik ica pulak tidur lena..




AiR BaRLi..


barli ni aku beli kat giant je..murah dalam 60 sen sepeket ni..
first time aku nak rebus ni..sebab aku pun memang tak pernah minum air barli..

pagi tadi baru aku google kat internet cara merebus..ceh..senang bangat..
aku beli ni sebab nak bagi aleesya minum..
lately ni, dia kerap demam waktu malam..so cc kat opis aku tu cadangkan bagi dia minum air ni..
air barli ni boleh menyejukkan badan..


aku rebus sikit jer..dalam satu sudu besar..kena guna air yang banyak sebab nak bagi barli ni betul-betul kembang..aku rebus dalam 30 minit..


lepas tu aku letak dalam botol dia terus..bancuh dengan gula sikit..bagi dia rase sedap..aku baca kat internet ade orang suh letak daun pandan bagi dia rasa lagi sedap..tapi aku tak letak pun..mana aku nak cari daun tu kat sini..kalau kat rumah mak aku tu senang la..ambik jer kat belakang rumah..hehe


pagi tadi aku suruh aleesya minum..pastu dia cakap busuk..ceh..aku paksa jugak dia minum..
sebab bila dia minum biji barli tu dia buang balik..
so aku tapis bagi air jer kat dia..
hmm..pas ni kalau gi kedai makan nak oder air barli jer biar dorang ni tak ngelat nak minum..





Wednesday 19 June 2013

CeRiTa PaRaDiGm MaLL LaGi...


Sambungan cerita paradigm aritu la..

lepas lepak kat luar tu kita makan dulu..
kat sini food court takde so kalau ader pun jenis yang fast food banyak..
so kedai ni tak ingat pulak nama apa..ada masakan bergoreng..
macam kedai mamak jugak la..

aleesya dengan abang afiq makan roti canai..



see roti canai abang..
kat sini roti nya lembut biasa la kedai mamak kan..dah sah-sah kepakaran dorg tebar roti..


sempat lagi aleesya minum susu..siap baring lagi sebab tempat duduk yang kitorg pilih memang strategik sikit,..so sukati korang la nak memekak ke nak makan terabur ke orang tak nampak sangat..senang nak jaga kalau duduk kat tepi dinding cermin tu..



lepas makan jalan-jalan lagi..kebetulan pergi sana ade kids zone..so ape lagi..dorang berdua ni suka la..
ade sand art..D.I.Y (Do It Yourself)
yang gambar MEDIUM = RM6.00
yang gambar LARGE = RM8.00
aleesya ambil yang medium, abang afiq ambil gambar yang besar punya..


belon pun ade jugak..aleesya mengamuk2 nak yang basikal kat atas tu..
mau mahal agak nya tu..
sebab yang biasa-biasa tu pun 5 hinggit jugak..


 abang afiq buat gaya spiderman..


eksyen je lebih aleesya ni..padahal ibu dia yang lebih buat..


yang ni gambar pilihan abang afiq..gambar spiderman


aleesya beriya nak buat sendiri..tapi ibu dia kena assist la..kang berterabur pasir-pasir tu kang dah satu hal nak bayar pulak kat uncle tu..


memang ramai kanak-kanak yang buat aktiviti ni..memasing seronok nak buat sendiri kan..
tapi kadang tengok parents yang lebih main..kih.kih..


lepas dorang dah main tu jalan-jalan kejap dalam tu pastu balik..penat tapi gembira dapat melayan anak-anak bermain..



PaNTai BaGaN LaLaNg...


Lepas pergi paya indah wetlands aritu terus kitorg ke sini..
sampai dalam pukul 5 petang..
waktu kitorg sampai tu tak panas sangat..cuaca pun ok..
so apalagi..sampai jer anak-anak dah tak sabar nak main pasir..
dari rumah lagi nak bawa barang mainan yang nak diguna untuk main pasir..




aleesya belajar meniup sabun bubble..kemain lagi muncung tu..tapi bubble nya tak keluar pun..air liur jer lebih..dari rumah lagi aku memang dah standby baju lebih so bagi dorang main puas-puas..


masih tak puas hati lagi tu sebab bila dia tiup-tiup bubble tak nak keluar.


menikmati angin petang di tepi pantai..so sweeettt....

ayah pun nak join jugak ke..?
abang afiq kemain suka lagi dapat main pasir..siap bawak lori pasir dengan traktor lagi..besar pulak tu..ibu suruh bawak yang kecik dia taknak..


adik ica pun sama..habis basah baju ica main air kat tepi pantai tu..
tapi abang afiq  takut nak main air kat situ...baju pun tak berapa nak basah sebab dia geli kot..

 ica ambil air laut bagi kat abang afiq..lepas ni boleh lah lepak-lepak kat tepi pantai lagi..
kita bawak khemah terus..lagi syokk..

lepas habis main pasir tu bawak dorang mandi dan bersihkan diri kat toilet..kena beli sabun sebab ibu lupa nak bawak sabun masa tu..
pastu kitorang makan malam terus kat gerai yang ade je..senang..sebab bole balik rumah terus dan berehat..





 

Tuesday 18 June 2013

PaYa InDaH WeTLaNd ] MeNaRa TiNjAu..


Paya indah wetlands ni tempat riadah keluarga..kawasannya agak luas jugak la..  so kalau nak round kawasan dalam ni bawak kereta jer senang..
kitorg tak pergi semua tempat, sebab plan nak ke tempat lain sebenarnya..
so melawat mana yang sempat jer la..


kitorg naik sampai ke tingkat paling atas..mencungap nak naik tu..
bila dah sampai atas ni terasa angin kuat..gerun jugak lah..
bila pandang ke bawah huhu gayat nya..
dari atas ni kita bole nampak area putrajaya..
yela dengkil dengan putrajaya jauh mana lah sangat kan..
memasing berpaut kuat dekat tengah-tengah tak berani nak tengok ke tepi sangat..


dari bawah nampak rendah je tapi bila dah sampi kat atas tu kemain lagi berdebar-debar..
angin pulak tu kuat pulak..
nak turun ok je tak penat sangat..



pastu ader kolam buaya..tapi masa kitorg datang tu buaya tengah merehatkan diri..sebab baru lepas waktu makan..banyak pulak buaya dalam sungai tu..seriau tengok..
tempat ni ok la kalau nak santai jalan-jalan bawak keluarga dan anak-anak ..
memang tenang..sebab orang tak ramai sangat..

Monday 17 June 2013

First time dtg ] Paradigm Mall...


ready nak berjalan..2 minggu lepas punya cerita baru nak apdate..
hehe..


dah sampai kat sini..hmm..besar jugak la tempatnya..banyak tempat shoping-shoping dan cuci mata sekali.. masa kitorg datang aritu ade "World Ocean Day"..tak turun pun ke bawah tengok dari atas je la..



kat bahagian luar banguan tu ada tempat yang luas untuk kita lepak..macam dataran atas bangunan, so kalau bawak anak-anak boleh la dorang bermain kat sini..ok jugak lah..lain dari yang lain..



aleesya tengok budak bermain air..dia nak join jugak tapi ibu tak bagi sebab takde bawak baju spare..
lagipun datang sini bukan tujuan nak main air..huhu

ok..mall ni termasuk dalam list hujung minggu kami lepas ni..


BeRjoGiNg Di PuLLmAn PuTraJaYa...


hari sabtu punya cerita la ni ..kat rumah lagi dah bersemangat pakai track suit dengan kasut sukan..
katanya nak bersenam..
ok lets go PULLMAN PUTRAJAYA..

dalam kereta mata dah layu..bila tanya kenapa abang nak tidur..
pastu boleh pulak dia jawab aircond ni ha..
haisshh..bijak tul la..


lepas turun dari kereta segar sikit mata tu..ikut ayah pergi joging sama..ibu eskot dari belakang jer..sambil membawa barang yang banyak..
dan jugak memantau si kecik tu, berlari pun tergedik-gedik..hehe
kena tinggal kat belakang dah merajuk mengade-ngade..
abang afiq jugak yang berjaya lari seround..padahal dia demam tu..takpe keluarkan peluh ye bang..

budak kecik ni baru joging sekerat dah berhenti rehat..
lepas tu suh dia duduk nak ambil gambar pulak..
dah macam cikgu senamrobik pulak gaya dia..


abang afiq duduk berehat sebentar..lepas tu sambung joging semula..


bergambar berlatar belakang kan hotel pullman..cantik view dari sini..tak mampu nak duduk hotel kat situ tengok dari luar je la..


ambil angin petang sambil berposing kat atas pelantar..
sejuk jer rasa..macam duduk atas bot terasa pegolakkan ombak-ombak yang lembut..
rasa nak tertidur jer..


amboi!!!kemain lagi posing tu ye..sekali dah baring nak baring lagi..kat sini ramai yang amik gambar kahwin..sebab view kat sini cantikkan..
baring bersama dengan abang ..sama comel je tengok dorang berdua ni..


mengabadikan kenangan bersama keluarga tersayang..belakang kitorg tu air tasik..silap langkah boleh terjunam kat dalam tu..


kalau petang je memang ramai orang datang lepak kat sini..bawak keluarga dan anak-anak berjalan..
abang afiq buat gaya otromen..masing-masing bergambar berlatarbelakang kan air tasik dan hotel..

aleesya ni siap mengangkut air tu..bergantung je dekat leher..
bila kita offer nak bawak dia tak bagi..hmm.senyum dik oii..masyam jer..


dan last gambar ni dekat area pantai pullman..ayah dorang buat ape la tu..
tai chi kot???..hehe


next time kita joging kat sini lagi ye..