Friday 31 May 2013

SuKa SeNgEtKaN KePaLa..


style amik gambar sekarang..

entah mana dia belajar..bila kita cakap "adik jom amik gambar" otomatik dia statik dan sengetkan kepala...
hmmm..memang sah gaya seorang gugurl..

shomel nya anak ibu ni..






RuMaH IdaMAn ] UpDaTe TeRKiNi...


updet terkini pasal rumah 31/5/2013..

jalan utama masih berbatu, belum bertar lagi..

 
pagar masih belum siap sepenuhnya..
mungkin dalam sebulan lagi nampak la sikit kawasan rumah ni berkemas..
kawasan tepi rumah tu masih ada laman, so nanti bole lah lepak petang-petang dengan anak-anak..
huhuhu..syok nya rase..terbayang-bayang pulak..



pandangan rumah dari sudut sisi..nampak sikit kawasan laman belakang rumah tu..
hmm..nanti dah tua bole la kita bercucuk tanam bersama, ..ye darling..


beginila rupa rumah kami pandangan dari sudut depan..
berdebar nya rasa bila rumah dah nak siap ni..
tak sabar nak buat decor-decor..sekarang ni je bersemangat lebih..agak nya nanti bila dah siap pening pulak fikir nak buat apa..haisshhh..

hmm..pulus...pulus...come to me pleaseee....


dalam ruang tamu.. dan yang tu pintu masuk utama..
rumah sekarang ni jenis yang siling tinggi..
satu hal pulak nak fikir pasal lampu utama..


yg ni bilik air kot..asben yang ambil semua gambar ni sbb dia yang terlebih eksaited..
hehe..
pasni bersiap-sedia la kena tolak gaji..huhu..
sadis.. takpe yang penting bila dah tua nanti ada tempat untuk berteduh ye bang..





Wednesday 29 May 2013

SaLe Di MpH SeMpEnA MuSiM CuTi SeKoLaH..


kat ruang legar ALAMANDA ade MPH outdoor sale 28 may - 9 jun ni..
hmm..mungkin sempena dengan cuti sekolah jugak.

nak menghabiskan BB1M sebenarnya..
sebb expired before 31/5/2013..
tapi masih lagi berbaki rm50...

bila nak pergi lagi yer..

so..kitorg ambik 2 botol air boboi boy..memang beli benda yang sama sebab nanti takdela diorang nak berebut..
2 buku aleesya
1 buku untuk abang afiq..


ni untuk ibu..
terapi minda bila kebosanan melanda..
rm7.90


so..totally RM67.40..
after dis RM53.90..
ayah kena topup rm3.90..hmm..berbaloi-baloi..



FiNaLLy....DaH DaPaT BaSiKaL BaRu..



Semalam singgah alamanda, niat di hati nak pergi mencari buku untuk anak-anak je..
afiq ade request nak basikal dari hari sabtu lepas..
kesian pulak sebab dia pun memang tak pernah beli basikal..selama ni pun guna basikal cousin2 nya..

pening kepala nak pilih basikal yang mana satu..
memula dia nak basikal yang kecik tu tapi aku tak bagi sebab dia pun dah besar, so alang-alang baik beli yang besar sikit..
boleh tahan jugak harga basikal ni yer..


yg kecik tu pun rm159..roda tayar mati..nak beli utk aleesya tapi dia tak nak yang ni pulak..


ok!! dah test naik pun..RM199.00 ok..
warna pun agak menarik jugak..light kaler..sesuai dengan kulit warna abang afiq..


yang ni pulak pilihan kedua..harga sama, warna merah pun cantik jugak..
ica pun sama jugak..nak menge "test" beskal baru dia..
suh beli yg basikal 4 roda tak nak..
beskal 3 roda tu jugak menjadi pilihan hati dia..


test..test..test...senyum sampai ke telinga..seronok dapat beskal baru..
kemain lagi abis merata dia bawak beskal tu..


sampai kat rumah sambung lagi naik beskal..bagi dorang main sampai puas..


jam 11.30 malam pun masih tak tido lagi..
beskal pilihan aleesya warna pink lagi tu..
rege dalam rm59.90 ade less 10%..
berbaloi la jugak.
untuk anak-anak semuanya...


lepas main masing-masing pandai pulak nak simpan beskal sendiri..siap ade tempat parking lagi..
hmm..rumah kecik gini la jadinya..macam-macam nak disumbatnya..


ok..mission complete!!!
hajat dorang tercapai jugak akhirnya.

hmm..camner ngan hajat ibu dorg pulak..????




RanDom PhoTos...


Happy wednesday!!!hari rabu dengan kata-kata..


lama tak padet gambar sebab layan instagram pulak sekarang ni.
haippppp!!!!! biase die...abg afiq kena denda pukul kat punggung sebab memanjat..
tapi kalau aleesya yg panjat xper...



ni masa lepas ambil dari nursery dia..memang kena lepak kat opis ibu dulu sementara menunggu ayah dorang datang ambik..macam-macam fiil dia buat..apa kekdah nya masuk dm kotak tu dik oii..nasib baik awak tu kecik jer..



ni pulak masa sebelum hantar ke nursery pagi-pagi..abg afiq kemain lagi gaya tu..
adik ica pulak tengah protes..ade la tu benda yang dia marah, ikut perangai sapa la tu yer..huhu



kalau dah boy tu memang tak sah kalau tak memanjat..nak jadi spiderman katanya.


 


Thursday 23 May 2013

KeLuArGa uLtRaMaN ] SeRoNoK nYa BeRkAhWiN...


info share dari fb....yang tak menahan tu gambar keluarga ultraman..
siap ada baby ultraman lagi..kiut jer tengok..



Seronoknya Berkahwin!! – Tulisan Dr. Siti Hamidah


1) Ada Teman Yang Halal Untuk Melakukan Segalanya. Makan, Tidur, Berjalan - Jalan, Shopping Dan Sebagainya. A...pabila Berjalan Pegang Tangan Terus Dapat Pahala Dari Allah. Kalau Tidak Berkahwin Dapat Dosa Pula.

2) Adanya Orang Yang Sentiasa Bersama Di Waktu Senang, Susah, Kacak, Selekeh (Bangun Tidur Especially.. Hehe) Kaya, Pokai, Gembira, Duka Dan Sebagainya.

3) Ada Isteri/Suami Yang Akan Mengimbangi Kekurangan Diri Kita Seterusnya Melengkapkan Diri Kita Untuk Menjadi Seorang Yang Hebat. Suami Isteri Yang Bersikap Bertentangan Adalah Yang Terbaik. Contoh: Apabila Seorang Suami Mudah Marah Selalunya Akan Dapat Isteri Yang Sabar. Dalam Masa Yang Sama Suami Juga Akan Belajar/Berjangkit Sifat Sabar Isteri.

4) Akan Mengalami Kebahagiaan Yang Hanya Orang Berkahwin Sahaja Alami. Jika Anda Rasa Bercinta Itu Bahagia. Berkahwin Adalah 10 Kali Ganda Bahagia. Percayalah!!

5) Boleh Berjimat Duit Dan Mampu Mengumpul Harta. Jika Bercinta Kos Hidup Menjadi 2 Kali Ganda (Sewa Rumah, Telefon, Bil, Makanan). Kajian Menunjukkan Pasangan Berkahwin Lebih Banyak Memiliki Harta Berbanding Mereka Yang Tidak Berkahwin.

6) Dapat Zuriat. Jika Berkahwin Adalah 10 Kali Ganda Bahagia Daripada Bercinta Maka Memiliki Seorang Anak Pula Akan Memberi Lebih Lagi Kebahagiaan Kepada Kita.

7) Kita Akan Dapat Kepastian Yang Tidak Berbelah Bahagi Tentang Kasih Sayang Dan Kesetiaan Suami/Isteri Kita. Kalau Bercinta Masih Tidak Pasti Dia Betul - Betul Setia Selagi Dia Tidak Mengahwini Kita.

8) Kita Akan Dapat 1 Perkara Paling Best Iaitu PELUKAN Dan CIUMAN. 2 Perkara Ini Adalah 1 Anugerah Untuk Orang Yang Berkahwin. Melaluinya Jiwa Kita Akan Sangat Tenang Dan Gembira Malah Jika Selalu Di Amalkan Akan Menjadi Awet Muda Dan Berseri - Seri!!

9) Faktor Yang Amat Terpenting Adalah Untuk Mencari KeRedhaan Allah Dan Mengelak Daripada Melakukan Maksiat



Wednesday 22 May 2013

RaNiA ] RaNdOm PhoTos..


sekarang ni dah pandai pose time kita nak ambil gambar dia..
masa ni saya berumur
 
 2 tahun 3 bulan



peace sampai menutup muka..


yang ni pun sama..
peace tu letak la kat bawah sikit dik oii...
macam mana nak nampak muka tu..




InStaGraM ] AkU PuN Ada..

sekarang ni macam-macam sosial network ada..
sampaikan tak dan nak khatam yang mana satu..
instagram ni pun mudah jer..
amik gambar terus upload ke akaun IG @ pun FB..
 so..pasal tu la aku ni jarang apdet kat belog..
tapi belog ni tetap di hati..

 adik & abg...
aktiviti di rumah masa hari minggu yg lepas..
sbb takde klua memana so duk jer la kat umah..
dorang berdua ni pulak gado-gado..pastu berbaik ..lepas tu gado balik..
hmm..adat la adik beradik..
 





WoRdLeSS WeDnEsDaY : SeMaKin BeSaR DaH My HeRo!!









Tuesday 21 May 2013

aLhaMduLiLLaH...


tgk kat fb..saja share kat sini pulak..
keterujaan nya sangat dirasai..kerana bulan ramadhan tahun ni pertama kali sambut dgn anak-anak bersama...
alhamdulillah..amin..inshaallah..



Monday 6 May 2013

RaFiQ ] BeLaJaR MeNuLiS MeLaLui TiTiK DoT-DoT....


balik dari beli buku kat MPH aritu abg rafiq terus semangat nak buat..
huhu..bagus anak ibu ni..macam ni lah yang ibu nak..
ni tak duduk kat rumah sikit-sikit mintak tab nak main game..
sampai kan semua game tu dia bole hafal dan lebih teror main dari ibu dia ni..
nak download game pun dia tau..

so??? acaner nak buat tu..

bebudak zaman teknologi moden ni sangatlah berbeza dgn ibu ayah korg ni masa kecik-kecik dulu kan....
dulu main brick game je tau..huhu sadis..

afiq tengah khusyuk ikut garisan putus-putus tu..
kemain lagi menunduk sampai nak cecah kepala tu dekat buku..

left hand!!!sangat bijak..



dan hasil nya..daripada kerja tangan dia sendiri..


lukisan boat..





dan car...

ade comot-comot sikit la..
lepas ni kasi practise lebih sikit..

good job muhammad rafiq adha!!!!!!
lepas ni kena train dia dengan buku-buku pulak..






SeLeSai SuDaH MeNuNaiKaN TanGguNgJaWaB..


hari semalam adalah
my first time in life pergi mengundi ok!!!.
satu pengalaman yang menakjubkan bagi diri aku sendiri..
time nak pangkah tu berdebar macam orang nak ambil exam jer..

ape pun aku sudah menjalankan kewajipan aku sebagai
Warganegara malaysia..


Undi adalah rahsie..shhhhhh..



RaFiQ DenGaN BuKu BeRgAmBaR..


alhamdulillah....
mendidik anak dari kecik minat membaca..

afiq ni suka tengok buku bergambar..
macam buku robot ke..buku traktor ke..
masa ni afiq tengah tengok buku THOMAS n FRIENDS..
tekun sangat sampai duduk atas lantai tu..






hasil rembatan di MPH menggunakan baucar buku 1Malaysia..
baru habis RM100..
for my rafiq and my rania..

buku "Write and Wipe"
 yang paling aku suka sebab bole guna berulang kali..
beli 2 buku yang sama untuk anak-anakku so nanti takdela dorg nak berebut....




ShOpPiNg DeNgAn HaTi YaNg TeNaNg...

TrOlly @ stroller..
mudah keje kalau tak bawa stroller nak pegi jalan-jalan..
dalam ni pun bole jadi..
lena aleesya tidur sampai lah selesai membeli belah..



hati pun terasa senang bershopping bila abang afiq pun tidur jgk..hehe
takde la asyik nak menge "pow" je keje nya..
selamat poket..
 
tengok abang afiq ni tidur macam penat sangat je..