Monday, 27 June 2011

Air terjun di hulu LANG@T

Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Kawasan rekreasi yang mempunyai air terjun dan hutan semula jadi merupakan destinasi hujung minggu yang sangat popular kepada warga tempatan. Persekitaran yang selesa dan menyamankan menjadikan Sungai Tekala sebagai destinasi kegemaran warga kota.




Sungai Congkak Recreational Forest

Satu daripada beberapa tarikan eko-pelancongan di Negeri Selangor ialah Hutan Rekreasi Sungai Congkak yang sangat sesuai untuk pengunjung merasai suasana alam semula jadi dan pemandangan menghijau. Sungai Congkak memberikan anda kejernihan air sungai dan air terjun yang dikelilingi suasana hutan yang menenangkan.



Dibuka kepada orang ramai sejak 1982, Sungai Congkak merupakan tempat terbaik untuk warga kota beristi rehat dengan adanya kemudahan seperti tapak perkhemahan, kawasan berkelah, chalet, pondok rehat, tandas awam dan tempat letak kenderaan. Pada hari minggu, terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai makanan dan minuman. Pada sesiapa yang minat mendaki, Bukit Chenuang dengan ketinggian 850m di atas paras laut pasti memberikan anda pengalaman yang menyeronokkan.






Sungai Gabai


Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala.


Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.


Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan.


Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.


Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.



10 comments:

  1. sy suka sgt gi air terjun sg gabai :)
    kalo x sg gabai mst kitorg akn gi ke sg congkak :)

    follow awk :)

    ReplyDelete
  2. msti best...lma da tgk air terjun :D

    ReplyDelete
  3. ns: yeke..umh sy dekat area situ le, tp xslalu pegi pun..biase la tmpt sndri kan..hehe..
    tq

    ReplyDelete
  4. mn:mmg best, dtg la tp ari mggu slalu ramai org..

    ReplyDelete
  5. mm:best mymye try la pegi sklai pasti nk dtg berkali2..hehe

    ReplyDelete
  6. promote kg sendirik nampak...:-)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. nb: bkn nk pomot needy, tp kesian org xtau ader air terjun kat kg lg cantek..needy xnk dtg kelah ke..?:)

    ReplyDelete
  9. saya ada bercadang untuk buat satu gath di sungai lui.cuma saya tak jumpa cari resort yg ada di sungai lui....boleh bantu saya untuk daptkan sumber?

    ReplyDelete