Tuesday 6 May 2014

Muzium Kapal Selam @ Melaka

Assalamualaikum...

Masa balik melaka sempat menyinggah ke muzium kapal selam.. Sebelum ni memang pernah pergi sini tapi masa tu masih baru lagi, so dapat tengok dari luar je la..
Dulu pergi masa tahun 2012..... entry lepas klik sini


Bayaran masuk memang agak berbaloi la..


Pandangan keseluruhan kapal selam.. cuaca pun masa ni agak panas sebab persekitaran tempat ni masih dalam pembinaan lagi...pokok pun cinonet jer..

Bawah kapal selam tu ade tempat berteduh dan disediakan tempat duduk sekali.., sambil tu boleh la tengok video tentang kapal selam tu.. duduk bawah ni best sikit sebab rasa macam sejuk jer....


Gambar dalam kapal selam tu tak dapat nak ambik sebab tempat nya sangat la sempit..dengan kena berdukung dorang berdua ni..sebab dalam kapal selam tu bunyi bising sikit macam bunyi dalam rumah hantu tu sebab dorang ni takut.. baru jer jalan sekejap dah cakap nak keluar..


Bahagian bawah kapal selam..dah berkarat..

Sedikit info tentang kapal selam..



 Bahagian dalam kapal selam.. masa masuk tu tengok la tempat dorang tidur, tempat makan dorang, sinki dan macam-macam lagi la..memang laluan tu agak sempit, kiri kanan dan kebanyakkan ruang dalam kapal tu dipenuhi dengan mesin-mesin.. tak dapat nak bayangkan macam mana la dorang ni bekerja dalam kapal selam..streess jadi nya..

 Before balik tu sempat lagi la bergambar dengan kapal selam.. bergambar dari jauh jer lah.. bila duduk dekat kapal tu dorang takut..
 


cuaca memang panas masa ni.. lepas balik tu pekena rojak kat pantai apa ntah namanya..
ok sekian kisah kami di melaka..
kalau korang ke melaka boleh menyinggah ke muzium kapal selam..

 

1 comment:

  1. Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete