Wednesday 20 November 2013

SanTai - Main BoLa @ TaMaN BoTani PuTraJaya

 Assalamualaikum...

Ni satu lagi aktiviti yang tak memerlukan perbelanjaan yang besar..bawak anak-anak bersantai di taman rekreasi @ taman-taman sudah..
macam kat putrajaya ni memang bayanyak taman kalau nak bersantai dengan keluarga..

kalau hari sabtu tu dah pergi pantai so hari ahad nya pulak bawak diorang bermain bola di Taman Botani, Putrajaya.. Kalau kat sini memang ramai orang datang bawak keluarga bersantai..tempat nya pun tenang jer..

 Abang rafiq dah get ready nak main bola.. kemain seronok lagi, dia yang paling excited sebab ada kasut bola ngan bola sepak sekali.. Rajinnya ayah dia melayan kemahuan anak bujang dia ni..



ok!!! Lets go...

 yang anak dara sorang ni bergambar je lebih.. datang sini nak bergaya jer..


anak bujang kena lah diajar bermain bola sepak..
masa kitorg sampai tu kat belah hujung padang tu ade orang buat photoshoot perkahwinan..tempat nya pun cantik kan..tempat ni memang femes la klo orang nak bergambar kat sini..


sementara abang dan ayah main bola, anak dara ni ambil kesempatan bergambar..ntah ape la gaya yang dia nak buat tu..




yang ni pun sempat lagi tu nak peace-peace....


ni sebelum balik, singgah sekejap bergambar di sini...
hari pun dah gelap nak hujan, tup-tup kitorg gerak balik jer hujan dah mula lebat..hmm..nasib baik...

  



No comments:

Post a Comment