Friday, 3 February 2012

KoMuNiKaSi : SuAmi & iStRi

Kita perhatikan satu contoh daripada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.

Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan.



Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.

Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."

Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."

Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."

Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."

Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."



Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.

Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.

Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.

Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.

Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."

Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."

Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut, "Oh, tidak."

Mary berkata, "Dia amat memerlukan saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."
Tom kemudian memeluk mesra Mary.


Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."




tuan blog berkata : (--)...tanpa kata-kata...

No comments:

Post a Comment