gerun kan..?
bace tjuk entry kali ni.. skang ni sye tggu mase jer..klo ikutkan due 25 nov ni..agi bape ari je lagi kan..org tgk sye ley rileks lagi..huahuahua...org xtau kot ati sye ni tgh b'detup detap menanti tanda2 nk besalin ni..klo kna awl dr due sye xtkut sgt ( konon jer..mane2 pon tetap takut..) tp klo lewat dri due lgi sye takut..
yola, org ckp pengalaman besalin b'beza bagi setiap anak..dlu senng jer sye nk tau sbb tanda tu mmg jelas & nyata agi b'suluh..hehhe..
Ni yg sye search kat tenet ape tanda2 awl nye :
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.( xder plak rase sakit..mmm..confius lah sakit yg mcm mane tu agak nyer..sakit2 yg biase2 tu ade lah jgk)
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.(ni pun blom ade rase lagi..setakat sakit ngade2 tu iye lah slalu jer kna..)
Pecah ketuban
wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.(ni mcm dh ader, tp naper xde rase sakit lagi..mgkn tggu mase jer ni kot..)
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.( ni mgkin dh masuk dlm labour room nnt...)p/s: harap2 dipermudahkan oleh ALLAH SWT mase nk besalin tu nnt..smuga smuanya b'jalan dgn smpurna..amin..
No comments:
Post a Comment