Assalamualaikum...
Aktiviti kami pada hari sabtu yang lepas.. pergi berkelah di pantai Bagan Lalang, Sepang..
Kitorang gerak awal dari rumah pukul 10 pagi dah keluar sebab nak cari port yang sesuai untuk berkhemah n barbeque..hihi....sebelum kluar tu me dah prepare barang-barang untuk dibawa..masak nasi siap-siap, sebab memang nak lunch kat situ terus..
Bebudak berdua ni tak sabar nak menunggu ayam siap dibakar, diorang dah minta nasi dulu..so makan nasi lauk telur je la..
ni la master "chef" me yang sebenar...hehe berjaya jugak hidupkan api tu..
kitorang guna alat barbeque yang kecik tu jer..cukupla untuk keluarga me yang comel ni..beli kat giant warta bangi..harga dalam rm22.00..kalau bbq kat tepi pantai ni senang jer, tak perlu nak mengipas-ngipas sebab angin laut je dah cukup kuat untuk hidupkan bara api..
yang ni berlakon jer lebih..ayam tu pun dah masak sebenarnya..saje nak jugak menempek sekali..
dorang dah siap makan mula la nak bermain pasir, set pasir tu pun bawak siap-siap dari rumah..ni memang aktiviti hujung minggu yang save bajet..takde kluar belanja lebih-lebih..
air laut pun belum naik lagi sebab masa ni waktu tengahari... air laut biasa nya akan naik bermula pukul 3 petang..
credit to en.tripod... nasib baik bawak tripod skali so takde la susah nak ambil gambar bersama..
berjaya jugak aktiviti barbeque ni..aktiviti menghabiskan masa berkualiti bersama family dihujung minggu..
amboi!!! yang kecik tu pun gaya otromen jugak..otromen gugurl..
kitorang berkampung kat sini sampai petang... pastu bersiap-siap balik rumah putrajaya.. malam masing-masing kepenatan sebab dah puas mandi air laut..
No comments:
Post a Comment