Tuesday 26 November 2013

ProMotions - CruiSe TaSiK PuTraJaya


Assalamualaikum...

lai...lai...lai....ade promotions untuk naik kapal keliling tasik putrajaya...

limited 1000 seats sahaja!!!cepat sapa terlambat melepas..


baru je minggu lepas me naik cruise ni dengan family..cerita tentang cruise ni pun tak update lagi dlm belog..first time naik sepanjang duduk di putrajaya ni..



Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2014..

 Assalamualaikum...


so jom kita sama-sama merancang perbelanjaan kita..dah bole plan cuti-cuti malaysia untuk tahun depan..




KaeDah MeNdiDik Anak MelaLui RewarD ChArt..


Assalamualaikum...

Kat sini me nak share sikit tentang kaedah mendidik anak-anak...setiap parents mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak..
agak menarik jugak cara macam ni, apa salah nya kalau kita nak mencuba untuk anak-anak kita sendiri pulak..ianya adalah satu bentuk penghargaan untuk anak-anak kita apabila mereka berjaya melakukan sesuatu..
setiap perkara tu mempunyai buruk dan baiknya...ada yang elok ada yang tidak elok..so mana yang ok tu kita ambil untuk dipraktikkan...


jom kita lakukan bersama...




Free DryPers - SaTu CaBaRan Buat IBu...


Assalamualaikum...

Anak sulung me dah 4 tahun tapi still pakai pampers lagi kalau nak tidur malam...
so, semalam memang genap umur dia 4 tahun dan me bertekad nak dia free drypers waktu tidur..kalau siang memang dia tak pakai pampers dah sekarang ni..

Sebab tahun depan nak masukkan dia ke sekolah tadika..takkan nak bagi dia pakai pampers lagi,
malam tadi first trial me..memang satu cabaran untuk lakukan ni..

sebab me ade baca satu blog ni INTAN BELIAN , so dari belog dia bila me baca jadi rujukan , rasa bangga sangat bila anak berumur bawah 3 tahun dah berjaya free drypers sepenuh nya..tiada alasan untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang kita hendak lakukan..

before tu, me dah cakap awal-awal dengan rafiq..
"abang dah besar kan..so lepas ni abang tak payah la pakai pampers lagi..sebab abang nak masuk sekolah dah"
sebelum ni afiq ade bgtau dgn me, dia suruh jangan bawak pampers lagi pergi taska..tapi me tak training dia lagi waktu tidur..so me cakap kat dia ibu bawak pampers untuk kegunaan abang bila nak tidur je la..

malam tadi memang sangat excited me nak memulakan cabaran ni..sebelum tidur tu me lapikkan plastik atas tilam lepas tu me alaskan dengan comforter.. at least kalau dia terkucil sekalipun senang nak basuh comforter tu..sebelum dia tidur malam tu me dah suruh afiq pergi toilet dulu untuk kencing..kalau kita bertekad memang otomatik kita sendiri akan terjaga dari tidur..
setiap 2 jam me akan terjaga ....

tapi, bila me terjaga pukul 4.30 pagi tadi baru me tengok comforter tu basah..
hmm afiq dah ter kucil atas toto...salah me jugak sebab sudah terlajak waktu untuk kejutkan afiq..

takpe malam esok ada lagi, me akan usaha lagi supaya berjaya untuk freekan drypers dia sebelum masuk sekolah tahun depan...mudah-mudahan afiq berjaya..dan me jugak akan berjaya laksanakan cabaran ini..

SamBuT BiRthDay MaKaN Kek PuLak..

Assalamualaikum...

Semalam kan birthday afiq....lepas ambil dia dari taska semalam bgtau kat dia..

"harini birthday abang tau,..abang dah besar..nanti kita beli kek.."

me cakap kat dia,
"abang kena dengar kata ayah n ibu selalu..abang kena bermain sama-sama dengan adik, abang kena jaga adik.. dia pun angguk-angguk je la..mungkin dia belum paham sepenuh nya birthday tu..tapi dia tau yang semalan hari lahir dia...

lepas ambil rania, dia siap cakap..
"ica arini hari lahir abang ibu nak beli kek untuk abang je, ica tak boleh...."
hmm...kalau kita cakap birthday dia, dia ingt kek tu untuk dia sorg je la..

balik keje ktorg terus ke Giant seri kembangan..dah siap beli tu terus balik rumah..


Birthday boy...berumur 4th tahun 25/11/2013....actually birthday dia sama tarikh dengan ayah mentua me (atuk dia) dan maktih die (adik ipar me...).. 

we all beli half je..choc indulgence..yummy!!!!small n simple celebrations from us..

"hepy birthday to our little hero Muhammad Rafiq Adha..."
  
 suapan dari ayah tersayang...anak bujang ayah ni...tersangat la manja..++mengada-ngada..

Dua beradik...anak-anak kesayangan kami....love them very-very much....

ibu pun nak suap jugak...me hadiah kan dia buku, sebab me tahu dia jenis yang suka menulis..takpe kalau bagi dia buku banyak-banyak pun..
me nak educate him loves book dari kecil...
ayah pulak dah banyak beri dia hadiah..bukan hari lahir pun ade saja yang dibelikan..(sebelum ni dah beli kasut + bola sepak) advance present dari ayah..
semalam pun beli pam basikal..semua tu untuk kegunaan anak bujang dia jugak..

p/s: loves my family very much.. semoga Allah melindungi keluargaku ini..



Monday 25 November 2013

TaMaN BoTaNi - SeRoNok Nya BaGi IkaN MaKaN..


Assalamualaikum..

Aktiviti kami hari sabtu... lepas dah penat dan puas main bola kat padang kitorang jalan-jalan sekitar taman..
kat Taman Botani ni ade restoran kat tepi tasik ni jer..biase nya waktu petang memang ramai la pengunjung yang bagi ikan makan disini,..

masa kitorg dtg tu tak plan pun nak bagi ikan makan..so takde la bawak roti @ makanan ikan ke..
kebetulan masa tu bawak roti bun kaya jer dalam 3 ketul..itu pun untuk makan sendiri jer..

Dah tu roti yang dibawak tu jadi rezeki ikan-ikan kat sini..best betul ikan-ikan kat tasik ni dapat makan roti inti kaya..Rania tengah khsyuk mencubit-cubit roti tu lempar ke tasik..teruja sangat sebab fisrt time buat aktiviti ni..seronok la dia bila ikan-ikan berebut-rebut nak makan..

abang rafiq pun seronok jugak..bila roti dah habis kemain lagi mulut dia cakap..

"ibu, nanti kita gi beli roti lagi yer esok.."
kebetulan ada makcik kat situ terdengar afiq cakap macam tu terus dia bagi afiq sebuku roti gardenia.. me segan nak ambil mulanya tapi dah orang tu suruh ambil, kita pun ambil jer la..rania memang seronok la sebab dia tengok ada banyak roti lagi..

hmmm...rezeki abang rafiq la sebab nak sangat bagi ikan makan..

bahaya betul tasik ni..memang direct terus ke air..takde tebing-tebing dah..kalau alpa jer bila budak-budak ni terlalu excited mahu terjunam ke dalam air tasik tu..so, kena pantau dan pegang dorang ketat-ketat..

Dalam banyak-banyak ikan tu, tetiba tersesat pulak seekor kura-kura ni.. dia pun nak jugak berebut makanan..pastu Rania siap cakap kat kita..

"kenapa ikan-ikan tu berebut-rebut.."

memang la dorang berenang kan takde trek..confom berlanggar-langgar antara satu sama lain jer..hihihi...susah betul nak cari jawapan kepada soalan anak-anak sekarang ni..
kena think "out of the box"...hahahhaa..
jawapan mesti relevan jangan merapu sudah..


SedaPNye CadBuRy - TeRasa CaiR Di MuLuT....


Assalamualaikum...

3 keping cadbury besar..syok nya dapat makan coklat lagi..
Dah lama rase nya meninggalkan habit makan coklat ni..sekarang ni minat berkongsi dengan asben dan anak-anak..kadang-kadang tu kena sorokkan sebab anak-anak pun dah pandai makan coklat..

lagi-lagi rania tu, kalau dia makan coklat nak yang besar je..taknak berkongsi dengan orang lain..
tapi berat badan tak naik-naik jugak..


p/s : terasa kecairan coklat dalam mulut..yummy!!


BiaR gaMbar BiCaRa - oh! RaNia....

 Assalamualaikum...

Bila kamera di tangan, begini la gaya nya..
walaupun kecik lagi kemain ligat kalau disuruh bergambar..ntah gaya apa nak dibuat tu..

"nak buat peace ke tu dik!!.. 

haaa..yang ni barulah nampak somel...

suka sangat buat muka macam ni...ni time muka dia geram..hissssshhhh..kalau awak geram ibu lagi geram tengok awk macam ni..rase nak geget montot tu..semakin bijak dah rania sekarang ni..mulut pun boleh tahan jugak petah nya..

alooooloooo...sueeeet nyer..pandai bergaya dah..ni "baju nampak tiak" katanya..(nampak ketiak)..

 hmm..okla tu saje gambar untuk tatapan harini...next time ade lagi..hihihi..



aLhamDuLiLLaH - My RaFiQ 4 YeaRs Old AReaDy...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..harini genap my hensom hero berumur 4 tahun..
25/11/2009 - 25/11/2013..


semakin kiut dan comel..dan bertambah hensom macam ayah dia..
semakin bijak dan petah bila berbicara..macam-macam soalan yang keluar dari mulut dia..


We love you so muchhhhhhh..

ayah + ibu dan adik rania sayang abang sangat-sangat...
semoga abang menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat dan menjadi kebanggaan kami...

aminn....




Thursday 21 November 2013

TeRaPi MiNda - ShaRinG FrOm FaceBook...


Assalamualaikum....

Sebelum memulakan tugas pagi ni...me nak sharing la kat sini "Quote" yang biasanya kita boleh jumpa kat fb..



yang ni pulak macam lawak jer..macam ade yang terkena dengan me jer...hehehe...


tapi bagi me, setiap ibu memang hadapi perkara-perkara macam ni..even seorang ayah jugak akan terkena sama..biasa la anak-anak kita memerlukan kasih sayang dan lebih perhatian... tu yang kadang-kadang kita akan tersenyum dalam marah bila terkenangkan keletah anak-anak.....



Wednesday 20 November 2013

SanTai - Main BoLa @ TaMaN BoTani PuTraJaya

 Assalamualaikum...

Ni satu lagi aktiviti yang tak memerlukan perbelanjaan yang besar..bawak anak-anak bersantai di taman rekreasi @ taman-taman sudah..
macam kat putrajaya ni memang bayanyak taman kalau nak bersantai dengan keluarga..

kalau hari sabtu tu dah pergi pantai so hari ahad nya pulak bawak diorang bermain bola di Taman Botani, Putrajaya.. Kalau kat sini memang ramai orang datang bawak keluarga bersantai..tempat nya pun tenang jer..

 Abang rafiq dah get ready nak main bola.. kemain seronok lagi, dia yang paling excited sebab ada kasut bola ngan bola sepak sekali.. Rajinnya ayah dia melayan kemahuan anak bujang dia ni..



ok!!! Lets go...

 yang anak dara sorang ni bergambar je lebih.. datang sini nak bergaya jer..


anak bujang kena lah diajar bermain bola sepak..
masa kitorg sampai tu kat belah hujung padang tu ade orang buat photoshoot perkahwinan..tempat nya pun cantik kan..tempat ni memang femes la klo orang nak bergambar kat sini..


sementara abang dan ayah main bola, anak dara ni ambil kesempatan bergambar..ntah ape la gaya yang dia nak buat tu..




yang ni pun sempat lagi tu nak peace-peace....


ni sebelum balik, singgah sekejap bergambar di sini...
hari pun dah gelap nak hujan, tup-tup kitorg gerak balik jer hujan dah mula lebat..hmm..nasib baik...

  



HuJung MinGGu - PanTai BaGan LaLang...


Assalamualaikum...

Aktiviti kami pada hari sabtu yang lepas.. pergi berkelah di pantai Bagan Lalang, Sepang..
Kitorang gerak awal dari rumah pukul 10 pagi dah keluar sebab nak cari port yang sesuai untuk berkhemah n barbeque..hihi....sebelum kluar tu me dah prepare barang-barang untuk dibawa..masak nasi siap-siap, sebab memang nak lunch kat situ terus..

Bebudak berdua ni tak sabar nak menunggu ayam siap dibakar, diorang dah minta nasi dulu..so makan nasi lauk telur je la..


ni la master "chef" me yang sebenar...hehe berjaya jugak hidupkan api tu..
kitorang guna alat barbeque yang kecik tu jer..cukupla untuk keluarga me yang comel ni..beli kat giant warta bangi..harga dalam rm22.00..kalau bbq kat tepi pantai ni senang jer, tak perlu nak mengipas-ngipas sebab angin laut je dah cukup kuat untuk hidupkan bara api..


yang ni berlakon jer lebih..ayam tu pun dah masak sebenarnya..saje nak jugak menempek sekali..


dorang dah siap makan mula la nak bermain pasir, set pasir tu pun bawak siap-siap dari rumah..ni memang aktiviti hujung minggu yang save bajet..takde kluar belanja lebih-lebih..
air laut pun belum naik lagi sebab masa ni waktu tengahari... air laut biasa nya akan naik bermula pukul 3 petang..




credit to en.tripod... nasib baik bawak tripod skali so takde la susah nak ambil gambar bersama..
berjaya jugak aktiviti barbeque ni..aktiviti menghabiskan masa berkualiti bersama family dihujung minggu..

amboi!!! yang kecik tu pun gaya otromen jugak..otromen gugurl..


kitorang berkampung kat sini sampai petang... pastu bersiap-siap balik rumah putrajaya.. malam masing-masing kepenatan sebab dah puas mandi air laut..

 




Tuesday 19 November 2013

SeroNoknya Mereka BerDua...


Assalamualaikum...

Balik kerja terus melepak di Alamanda Putrajaya.. dah tu aje yang paling dekat dengan rumah pun..
Keriangan anak-anak adalah kegembiraan ibubapa..memang nampak jelas terpancar senyuman di wajah mereka, walaupun setiap kali ke sini dorang akan naik benda ni..hahaa


amboi!!! gelak besar betul rania ni...suka sangat la tu dapat naik kereta bersama dengan abg rafiq..selalu tu tak bole nak duduk rapat-rapat..kalau duk rapat ade jer yang tak kena dengan dorang berdua ni..


alolo.....manisnya senyuman abang rafiq....ade lesung pipit la..so sweettt!!!!


bebear tak boleh tinggal..asyik berkepit jer..dah nama gugurl kan..mestila kna ade bebear..
ok.. next time datang sini naik lagi.. seringgit je pun, ok la berbaloi..




Thursday 14 November 2013

MeMberCard Aeon..


Free sign up..
Baru launching arini..kebetulan pergi aeon big so me terus register..




Wednesday 13 November 2013